Anugerah Akademi ke-82

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anugerah Akademi ke-82
Remove ads

Majlis Anugerah Akademi ke-82 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2009 dan berlangsung pada Mac 7, 2010 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Bill Mechanic dan Adam Shankman. Alec Baldwin dan Steve Martin mengacarakan majlis ini. Martin mengacara buat kali ketiga; beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-73 pada tahun 2001 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-75 pada tahun 2003.

Fakta Segera Tarikh, Tempat ...

Pada Jun 24, 2009, presiden Akademi Sid Ganis mengumumkan bahawa dalam usaha untuk menarik semula minat terhadap anugerah ini, majlis 2010 akan menampilkan sepuluh calon Filem Terbaik berbanding lima.[6] Pada Februari 20, 2010, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Elizabeth Banks.[7]

The Hurt Locker memenangi enam anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Kathryn Bigelow, wanita pertama untuk memenangi Pengarah Terbaik.[8][9] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Avatar dengan tiga anugerah, Crazy Heart, Precious: Based on the Novel "Push" by Sapphire dan Up dengan dua anugerah dan The Cove, Inglourious Basterds, The Blind Side, Logorama, Music by Prudence, The New Tenants, The Secret in Their Eyes, Star Trek dan The Young Victoria dengan satu anugerah.

Remove ads

Calon dan pemenang

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-82 diumumkan pada Februari 2, 2010 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Tom Sherak, presiden Akademi dan pelakon Anne Hathaway.[10] Avatar dan The Hurt Locker menerima pencalonan terbanyak dengan sembilan.[11]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 7, 2010.[12][13] Kathryn Bigelow mencipta sejarah sebagai wanita pertama untuk memenangi Pengarah Terbaik.[14] Up menjadi filem animasi kedua untuk menerima pencalonan Filem Terbaik.

Anugerah

Thumb
Kathryn Bigelow, Pemenang Pengarah Terbaik
Thumb
Jeff Bridges, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
Thumb
Sandra Bullock, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
Thumb
Christoph Waltz, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Thumb
Mo'Nique, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Thumb
Mark Boal, Pemenang Lakon Layar Asal Terbaik
Thumb
Pete Docter, Pemenang Filem Animasi Terbaik
Thumb
Ray Beckett, Pemenang bersama Adunan Bunyi Terbaik
Thumb
Sandy Powell, Pemenang Rekaan Kostum Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[15]

Maklumat lanjut Filem Terbaik, Pengarah Terbaik ...

Anugerah Kehormat Akademi

Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-1 pada November 14, 2009 dimana anugerah-anugerah berikut dipersembahkan.[16][17][18]

Anugerah Kehormat Akademi

  • Lauren Bacall
  • Roger Corman
  • Gordon Willis

Anugerah Memorial Irving G. Thalberg

  • John Calley

Filem dengan pencalonan dan kemenangan berganda

Maklumat lanjut Pencalonan, Filem ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Penyampai

Penghibur

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads