Anugerah Akademi ke-83

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anugerah Akademi ke-83
Remove ads

Majlis Anugerah Akademi ke-83 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2010 dan berlangsung pada Februari 27, 2011 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Bruce Cohen dan Don Mischer dan diarahkan oleh Mischer.[5][6] James Franco dan Anne Hathaway mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[7]

Fakta Segera Tarikh, Tempat ...

Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-2 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 13, 2010.[8] Pada Februari 12, 2011, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Marisa Tomei.[9]

Inception dan The King's Speech memenangi empat anugerah dengan The King's Speech memenangi Filem Terbaik.[10][11][12] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Social Network dengan tiga anugerah, Alice in Wonderland, The Fighter dan Toy Story 3 dengan dua anugerah dan Black Swan, God of Love, In a Better World, Inside Job, The Lost Thing, Strangers No More dan The Wolfman memenangi satu anugerah.

Remove ads

Calon dan pemenang

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-83 diumumkan pada Januari 25, 2011 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Tom Sherak, presiden Akademi dan pelakon Mo'Nique.[13] The King's Speech menerima pencalonan terbanyak dengan dua belas diikuti True Grit dengan sepuluh.[14][15]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 27, 2011.[16][17] Toy Story 3 menjadi filem animasi ketiga dicalonkan untuk Filem Terbaik.[18][19] True Grit merupakan filem kedua selepas Gangs of New York untuk tewas kesemua sepuluh pencalonan.[20]

Anugerah

Thumb
Tom Hooper, Pemenang Pengarah Terbaik
Thumb
Colin Firth, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
Thumb
Natalie Portman, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
Thumb
Christian Bale, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Thumb
Melissa Leo, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Thumb
Aaron Sorkin, Pemenang Lakon Layar Adaptasi Terbaik
Thumb
Lee Unkrich, Pemenang Filem Animasi Terbaik
Thumb
Susanne Bier, Pemenang Filem Bahasa Asing Terbaik
Thumb
Charles Ferguson, Pemenang bersama Filem Dokumentari Terbaik
Thumb
Rick Baker, Pemenang bersama Solekan Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[21]

Maklumat lanjut Filem Terbaik, Pengarah Terbaik ...

Anugerah Kehormat Akademi

Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-2 pada November 13, 2010 dimana anugerah-anugerah berikut dipersembahkan.[22][23][24]

Anugerah Kehormat Akademi

Anugerah Memorial Irving G. Thalberg

Filem dengan pencalonan dan kemenangan berganda

Maklumat lanjut Pencalonan, Filem ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Penyampai

Penghibur

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads