Aprikot

From Wikipedia, the free encyclopedia

Aprikot
Remove ads

Aprikot (Jawi: اڤريكوت, serapan Inggeris apricot diakar Arab: البَرقُوق, rumi: al-barqūq[1][2]) ialah buah merangkumi beberapa spesies dalam genus Prunus (serumpun dengan persik dan badam)[3] terutamanya Prunus armeniaca.[3][4]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...
Thumb
Aprikot dan keratan rentas buahnya
Thumb
Gambar buah aprikot yang dikeringkan.

Turki merupakan negara pengeluar utama buah ini sebanyak 4.1 juta tan metrik pada 2019 sebanyak 21% pengeluaran keseluruhan dunia diikuti Uzbekistan, Iran, Itali dan Algeria.[5] Buahnya terkenal gunaannya dalam perubatan zaman kegemilangan ilmuwan dunia Islam seperti dalam tulisan Musa bin Maimun (Maimonides).[6]

Remove ads

Botani

Pokok aprikot kecil renek dengan daun merimbun, melebar setinggi 8–12 meter; daunnya berbentuk simbol lekuk berhujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar.

Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah persik baik yang berbulu atau licin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan; permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot bersifat drup kerana biji benih tunggal yang besar dan keras dikelilingi isi yang ranum.

Fakta Segera Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz), Tenaga ...
Fakta Segera Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz), Tenaga ...
Remove ads

Aliran pengeluaran

Berdasarkan pada FAOSTAT, pengeluar utama aprikot (dalam tan metrik) pada tahun 2012 seperti berikut:[7]

Thumb
Pengeluaran aprikot di dunia pada tahun 2012
Maklumat lanjut Kedudukan, Negara ...
Thumb
Pokok aprikot di tengah Cappadocia, Turki
Remove ads

Biji Aprikot

Templat:Promotional section

Kajian yang telah dilakukan oleh seorang saintis biokimia, Dr. Ernest T. Krebs mendakwa biji aprikot kaya dengan Vitamin B17. Vitamin B17 ini telah lama digunakan oleh pakar perubatan dalam bidang rawatan kanser.

Kajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana di dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali[8].

Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr. Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalaman beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin B17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membantu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik[9].

Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan.

Beliau menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot[10] terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun[11].

Thumb
Buah aprikot dikeringkan di tanah di Turki.
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads