Azman Nasrudin
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Dato' Azman Nasrudin (lahir 11 April 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai.
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Azman bin Nasrudin dilahirkan pada 11 April 1972 di Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Agama Al-Mashoor dan SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar (STAR Alor Setar). Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bagi sijil Diplomanya. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) (Sejarah dan Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia (USM).[2]
Remove ads
Kerjaya perguruan
Azman berkhidmat sebagai guru sekolah selama 22 tahun.
Kerjaya politik
Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Lunas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 21,670 dengan majoriti 9,084 daripada 40,498 orang pengundi.[3]
Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Lunas. lalu menang dengan undian sebanyak 23,904 dengan majoriti 13,813 daripada 50,336 orang pengundi.[3]
Ketika kemelut politik Malaysia pada awal tahun 2020, terdapat khabar angin bahawa beliau telah keluar daripada PKR selepas pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[4]
Pada 12 Mei, beliau bersama ADUN Sidam iaitu Dr Robert Ling Kui Ee telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[5] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[6] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[7] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.[8][9]
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Remove ads
Kehidupan peribadi
Azman telah berkahwin dengan Siti Hajar Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak.
Azman yang diuji positif COVID-19 setelah pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah, turut menjangkiti isterinya yang merupakan seorang guru di SK Permatang Janggus, Penaga, mengakibatkan sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari dan menjadi punca penyebaran koronavirus di kawasan tersebut[10][11][12].
Remove ads
Anugerah dan pengiktirafan
Kedah
- Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) - Dato' (2022)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
