Anugerah MeleTOP Era

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Anugerah MeleTOP Era (AME) dulu dikenali sebagai Anugerah Era merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era yang telah dianjurkan sejak 2008. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini diilhamkan daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang MeleTOP".[1] Terdapat sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi android. Ia juga merupakan rancangan pertama melayu Astro yang disiarkan secara serentak di Astro UHD sehingga tahun 2021.

Fakta Segera Nama asli, Jenis ...

Kategori baru bakal diperkenalkan pada Anugerah MeleTop Era 2017 iaitu Si Cilik MeleTop yang akan melibatkan anak-anak selebriti tanah air. Anugerah ini berlangsung pada 23 April 2017. Anugerah MeleTop Era 2020 bakal memperkenalkan satu lagi kategori baru iaitu Influencer MeleTop yang menampilkan instafamous -instafamous dan youtuber tanah air.Anugerah ini akan berlangsung pada April 2020 nanti.AME 2020 juga merupakan anugerah pertama tanpa Neelofa sebagai pengacara tetap.

Remove ads

Anugerah Era

Anugerah Era (AE) diadakan sejak tahun 2001 bagi pendengar-pendengar Radio Era memilih artis kesayangan mereka. Walau bagaimanapun anugerah ini tidak lagi diadakan selepas tahun 2007.

Selepas 5 tahun tanpa sebarang penganjuran, Radio Era bersama induknya, Astro menganjurkan Anugerah MeleTOP Era yang penyertaannya dibuka luas ke bidang TV, radio dan filem.

Isu dan kontroversi

Penganjuran AE pernah melibatkan beberapa kontroversi seperti isu penggunaan fanatik yang memenuhi ruang pentas di mana ada di antaranya terdiri daripada peminat wanita yang bertudung. Ketika AE01 juga anggota kumpulan nasyid Raihan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri anugerah tersebut kerana serangan jantung. Selain daripada itu wujud juga isu mengenai pencalonan daripada artis serantau yang semakin mendominasi pencalonan selain isu kebanjiran artis realiti TV seperti Akademi Fantasia yang kerap dicalonkan walaupun tidak begitu popular dengan produk mereka.

Remove ads

Senarai penganjuran

Maklumat lanjut Tahun, Tarikh ...
Remove ads

Kategori Dipertandingkan

Umum

Maklumat lanjut Bintang TV MeleTOP, Tahun ...

Nyanyian

Maklumat lanjut Lagu MeleTOP Era, Tahun ...

Radio

Maklumat lanjut Program Radio MeleTOP, Tahun ...
Maklumat lanjut Penyampai Radio MeleTOP, Tahun ...
Maklumat lanjut Penyampai Baru Radio MeleTOP, Tahun ...

Rancangan TV

Maklumat lanjut Program TV MeleTOP, Tahun ...

Filem

Maklumat lanjut Filem MeleTOP, Tahun ...
Maklumat lanjut Bintang Filem MeleTOP, Tahun ...

Drama

Maklumat lanjut Artis Baharu MeleTOP, Tahun ...

Pilihan Profesional

Maklumat lanjut Tahun, Lelaki ...
Remove ads

Catatan

    • Satu kategori baharu iaitu Si Cilik Meletop telah diperkenalkan dalam Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 yang berlangsung pada 23 April 2017. Kategori berkenaan menyenaraikan 20 orang anak pasangan selebriti yang popular di media sosial yang berentap pada pencalonan awal.[2]

    Rujukan

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads