Mustaqim Bahadon
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mustaqim Bahadon (Jawi: مستقيم بهادون; lahir 1 Mac 1985)[1] merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau pernah menjadi bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2008/2009[2] dan sejak itu beliau telah membintangi beberapa drama, telefilem dan filem.[3][4]
Remove ads
Kehidupan awal
Mustaqim dilahirkan pada 1 Mac 1985 di Kangar, Perlis.[1][5] Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik dan mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibu beliau. Bapa beliau, Bahadon Hamzah telah kembali ke Rahmatullah akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika Mustaqim sedang menduduki peperiksaan akhir di pusat pengajiannya.[6]
Beliau mempunyai kelulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Jitra, Kedah.[1]
Remove ads
Kerjaya
Sebelum menjadi pelakon, Mustaqim telah menceburi dalam bidang peragaan terlebih dahulu.[7] Beliau juga pernah menjadi duta Jakel selama 4 tahun dan pernah membintangi dalam beberapa iklan seperti Nescafe Ipoh White Coffee. Selain itu, beliau juga pernah menjadi seorang jurulatih peribadi di sebuah gim dan Mustaqim pernah menyertai pertandingan Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) pada tahun 2008/2009 serta berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Pembabitan awalnya dalam dunia hiburan tanah air juga bermula selepas menyertai pertandingan itu yang turut disertai oleh Azrel Ismail.[8]
Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah kedai gunting rambut yang beroperasi di ibu kota. Pada tahun 2014, Mustaqim memegang watak sebagai Raja Gufran iaitu seorang lelaki metroseksual dalam drama Jodoh musim ke-2.[9]
Pada tahun 2017, beliau memegang watak utama sebagai Dr. Syukri dalam drama Kerana Anisa yang turut dibintangi oleh Zara Zya, Sura Sojangi, Fahrin Ahmad, dan Uqasha Senrose dan disiarkan di Slot Samarinda TV3.[10]
Pada 23 Mac 2017, Mustaqim muncul sebagai peserta dalam rancangan Perang Bibir di TV9. Pada Syawal kedua, beliau menbintangi telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1. Pada 2 Julai 2017, beliau muncul dalam sebuah telefilem bertajuk Menantu Second Class yang bersiaran di TV9 dan memegang watak utama sebagai Rizal.
Mustaqim muncul dalam filem sukan luncur air Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Josiah Hogan dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama gandingan beliau bersama Josiah.[11] Beliau seterusnya menjayakan watak sebagai Rizal, salah seorang ahli kumpulan Geng Anarkis dalam filem aksi KL Special Force arahan Syafiq Yusof. Filem yang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018.[12]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads