Bahasa Bawean

loghat bahasa Madura From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahasa Bawean
Remove ads

Bahasa Bawean[2] ialah variasi geografi bahasa yang dianggap sebagai salah satu daripada dialek bahasa Madura[a 1] yang terutama dituturkan oleh orang Bawean di Pulau Bawean, Kabupaten Gresik, Jawa Timur.[3][4] Bahasa ini pada asalnya ialah bahasa pijin yang telah melalui proses kreolisasi, jadi ia mempunyai pelbagai perbendaharaan kata yang bercampur daripada bahasa lain, seperti bahasa Jawa (terutama dari kawasan Gresik), Banjar, Bugis, dan Makassar.[5][6]

Fakta Segera Bawean, Asli kepada ...
Remove ads

Status linguistik

Dalam buku Bahasa-Bahasa Indonesia (1984) oleh P.W.J. Nababan, bahasa Bawean direkodkan sebagai bahasa berasingan dengan 20,000 penutur di Pulau Bawean.[1] Sementara itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Retno Fatmalasari dalam jurnal bertajuk Integrasi Kata Bahasa Jawa dan Bahasa Madura ke Dalam Bahasa Bawean yang diterbitkan pada tahun 2020, walaupun ramai yang menyebut bahasa Bawean sebagai dialek bahasa Madura, dalam penelitian ini, bahasa Bawean masih dianggap sebagai bahasa yang terpisah.[7]

Remove ads

Dialek

Bahasa Bawean mempunyai beberapa dialek, dialek yang berbeza ini terdapat di beberapa kampung di Pulau Bawean. Memetik daripada Repositori Unair, Eva Wijayanti mendedahkan terdapat empat kampung yang mempunyai dialek bahasa yang agak berbeza, iaitu kampung Daun dan Suwari di mukim Sangkapura, serta kampung Kepuhteluk dan Diponggo di mukim Tambak.[6][8]

Kepelbagaian dialek empat buah kampung itu tergambar dalam penggunaan perkataan 'saya'. Orang kampung Daun memanggil 'saya' dengan perkataan éson, manakala orang kampung Suwari memanggilnya éhon. Kemudian, orang kampung Kepuhteluk akan memanggil 'saya' dengan perkataan bulâ dan orang Diponggo akan memanggilnya dengan perkataan aku.[8]

Variasi dialek ini juga menjadi ciri setiap kampung. Oleh itu, cukuplah mendengar dialek yang mereka gunakan, orang Bawean yang lain akan mudah mengenali kampung mana mereka berasal. Daripada empat dialek tersebut, dialek kampung Diponggo merupakan dialek yang mempunyai perbezaan yang paling ketara antara dialek lain. Kebanyakan kosa kata dalam dialek Diponggo hampir sama dengan kosa kata dalam bahasa Jawa.[8]

kosa kata bahasa Jawa, seperti dé'é, iki, séwu, ayu, saiki, isuk, dan kata pinjaman lain turut digunakan oleh penduduk kampung Diponggo. Hal ini berlaku kerana kebanyakan penduduk di kampung Diponggo adalah berketurunan masyarakat Jawa. Tidak hairanlah dialek Diponggo banyak dipengaruhi oleh bahasa Jawa.[8]

Remove ads

Kreolisasi

Fakta Segera Kreol Bawean, Asli kepada ...

Dalam bahasa Bawean juga terdapat satu bentuk bahasa kreol hasil daripada akulturasi budaya dan bahasa yang berlaku dalam masyarakat etnik Bawean.[10] Bahasa ini dianggap sebagai proses kreolisasi bahasa Madura. Bentuk bahasa kreol ini berbeza dengan bentuk asli bahasa Bawean di pulau asal yang dipengaruhi oleh bahasa Madura, Jawa, dan Melayu.[11] Ragam bahasa kreol ini lazimnya dituturkan oleh pendatang dan keturunan Bawean yang menetap di Malaysia dan Singapura. Penggunaannya bercampur dengan bahasa Melayu standard dan jenis bahasa Inggeris di negara ini. Contohnya boleh dilihat dalam ayat "Bulâ ni orèng Boyan la, first time ni i ada balik kat kampong halaman" yang bermaksud "Saya orang Bawean, ini kali pertama saya pulang ke kampung halaman".[12]

Fonologi

Dalam bahasa Bawean terdapat 28 simbol transkripsi fonetik yang terdiri daripada 18 konsonan fonem dan 10 sistem dasar vokal.[6] Berikut ialah kotak fonem yang terdapat dalam dialek Bawean bahasa Madura, hurufnya dalam kurungan empat segi ... menunjukkan penulisan ortografi fonetik dalam sumber.

Vokal

Dalam bahasa Bawean, terdapat 2 fonem vokal yang tidak terdapat dalam dialek utama bahasa Madura (fonem /o/ dan /e/), sehingga menjadikan dialek ini mempunyai 10 fonem vokal kesemuanya.[6]

Maklumat lanjut Depan, Pertengahan ...

Konsonan

Berbeda dengan fonem vokalnya yang lebih banyak, fonem konsonan dalam kotak fonem bahasa Madura dialek Bawean lebih sedikit ketimbang dialek utama bahasa Madura. Bahasa Bawean hanya memiliki 18 konsonan dibandingkan dengan bahasa Madura yang memiliki sekitar 27 fonem konsonan.[6][13] Sedikitnya jumlah konsonan pada dialek ini mungkin disebabkan karena ketidakadaan fonem letupan tarik-belakang (/ʈ/ dan /ɖ/) serta pengaspirasian fonem yang seringkali ditemukan dalam dialek utama justru jarang ditemui dalam dialek ini.[13]

Maklumat lanjut Dwibib., Gigi/ Ronggi. ...
Remove ads

Kosa kata

Berikut adalah beberapa contoh kosa kata khas dalam bahasa Bawean.

  • eson atau bule, bermakna 'saya'
  • bekna, bermakna 'kamu'
  • kalaaken, bermakna 'ambillah'
  • kalaben, bermakna 'dengan'
  • tak kabessanyo'on atau naddeh nyo'on, bermakna 'terima kasih'
  • songkan, bermakna 'malas'
  • pandir, bermakna 'bercakap'
  • odik, bermakna 'hidup'
  • olo, bermakna 'kepala'
  • sakotik, bermakna 'sedikit'
  • kathirik, bermakna 'sendiri'
  • toghellen, bermakna 'saudara mara' atau 'awak'

Siapa

Remove ads

Lihat pula

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads