Balada Pencinta

From Wikipedia, the free encyclopedia

Balada Pencinta
Remove ads

Balada Pencinta ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2013 diarahkan oleh Khir Rahman.[1] Teraju utama filem ini adalah Siti Saleha dan Johan As'ari.[2] Lagu tema filem ini bertajuk "Nanti" dinyanyikan oleh Khir, filem ini ditayangkan pada 24 Oktober 2013 oleh Grand Brilliance dan Primeworks Studios. Ia juga merupakan arahan kedua Khir dalam kerjayanya sebagai pengarah.[3]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan As'ari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya dan mempunyai agenda tersembunyi?

Remove ads

Pelakon

Penerbitan

Balada Pencinta merupakan filem kedua arahan Khir Rahman selepas filem pertama beliau, ...Dalam Botol (2011) yang telah diterima baik oleh rata rata pengkritik filem tempatan. Katanya: "Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Grand Brilliance dalam memberi peluang buat saya untuk meneruskan usaha belajar dan menyelami ilmu pengarahan filem. Saya telah lakukan yang terhabis baik untuk filem ini dan harapan saya buat masa ini adalah hanya untuk ia diterima oleh penggemar dan pengkritik filem di luar sana." Dalam filem ini, beliau turut menulis 2 buah lagu baru yang bertajuk "Terima Kasih Aishah" dan "Nanti" yang diilhamkan dari filem ini. Johan As'ari dan Siti Saleha dipilih sebagai pelakon utama dan cukup sesuai dengan karakter yang telah diberikan. Antara pelakon–pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Miera Leyana, Iedil Putra, Sein Ruffedge, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Faizal Hussein, Dato Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee. Penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Kuala Lumpur pada Jun 2012 dan dimuktamadkan pada Julai 2012.[4][5][6]

Keluaran dan sambutan

Filem ini ditayangkan pada 24 Oktober 2013 di pawagam seluruh Malaysia dan merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 0.27 juta.

Runut bunyi

Fakta Segera Runut bunyi oleh Pelbagai artis, Dilancarkan pada ...
Maklumat lanjut No., Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads