Bandar Kuala Pilah

bandar di Negeri Sembilan, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Bandar Kuala Pilah
Remove ads

Kuala Pilah (sebutan dalam loghat tempatan: Kolo Pilah; Jawi: كوالا ڤيله), juga diringkaskan sebagai Pilah sahaja, merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah senama di tengah Negeri Sembilan, Malaysia, serta merupakan pusat pentadbiran bagi daerah berkenaan.

Fakta Segera Kuala Pilah Kolo Pilah, Transkripsi lain ...
Fakta Segera Majlis Daerah Kuala Pilah, Jenis ...

Bandar ini terkenal dengan seni bina rumah-rumah kedai berhias cantik cerminan kemewahan para pengusaha syarikat milik mereka yang berniaga di sini pada sekitar 1910-an dan 1920-an ketika ia menjadi tempat pertemuan jalan-jalan timur dan barat Semenanjung.[1]

Thumb
Pusat bandar lama Kuala Pilah (2009)
Thumb
Salah satu rumah kedai era kolonial di pusat bandar Kuala Pilah
Thumb
Masjid Yamtuan Raden dan Tokong Sam Seng Keong
Thumb
Tugu peringatan Martin Lister (1857–1897), Residen British pertama Negeri Sembilan
Remove ads

Geografi

Thumb
Banjaran Titiwangsa dilihat dari Melang, di barat pusat bandar Kuala Pilah.

Bandar Kuala Pilah terletak di bahagian hulu Sungai Muar, di lereng timur Banjaran Titiwangsa. Jaraknya ke ibu negeri, Seremban, adalah sekitar 39 km (22.3 bt) ke arah barat. Seri Menanti, iaitu bandar diraja bagi Negeri Sembilan, terletak 14 km (8.7 bt) ke arah barat daya.

Pentadbiran

Bandar Kuala Pilah merangkumi mukim-mukim Pilah, Ulu Muar dan Melang di dalam Daerah Kuala Pilah, iaitu salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Bandar ini juga merupakan ibu daerah bagi daerah berkenaan.

Dari segi pentadbiran adat pula, bandar ini adalah sebahagian daripada Luak Ulu Muar, iaitu salah satu daripada Luak Tanah Mengandung yang mengelilingi wilayah diraja Seri Menanti.

Remove ads

Pengangkutan

Laluan Persekutuan Malaysia 9 LP 9 merupakan jalan raya utama yang melalui bandar Kuala Pilah, menghubungkannya dengan Tampin di selatan dan dengan Simpang Pelangai dan Karak, Pahang di utara. Laluan Persekutuan Malaysia 51 LP 51 beserta dengan Laluan Negeri N3, menghubungkan bandar ini dengan Seremban, manakala Laluan Negeri N112 pula menghubungkan bandar ini dengan Kuala Jelai dan Bahau, Daerah Jempol di timur.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads