Tanjung Bungah
Pinggiran kota George Town, Penang, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tanjong Bungah[a][2] ialah sebuah kawasan pinggir bandar bagi George Town di negeri Pulau Pinang dalam negara Malaysia. Ia terletak di sepanjang pantai utara Pulau Pinang antara Batu Ferringhi dan Tanjong Tokong, kira-kira 6.5 km (4.0 bt) ke barat laut dari pusat bandar.
Tanjong Bungah terkenal sebagai destinasi pantai, dengan beberapa hotel dan resort yang terletak di sepanjang pantainya. Pemodenan sejak beberapa dekad lalu turut menyebabkan pertumbuhan pesat bangunan kediaman bertingkat tinggi dan menarik komuniti ekspatriat; warga asing membentuk 9.2% daripada populasi Tanjong Bungah pada tahun 2020.[1]

Remove ads
Etimologi
Tanjong Bungah bermaksud Tanjung Bunga dalam Bahasa Melayu, dinamakan kerana beberapa tanjung kecil yang menjulur ke laut di sepanjang kawasan tersebut.
Sejarah


Tanjong Bungah dahulu merupakan perkampungan nelayan yang sunyi, didiami oleh nelayan Melayu dan Cina. Ia hanya menjadi terkenal pada tahun 1950-an sebagai destinasi pantai untuk penduduk tempatan dan pelancong. Ketika itu, Batu Ferringhi masih belum dibangunkan. Kejernihan air laut di sini menarik dua kelab renang tempatan – Kelab Renang Pulau Pinang dan Kelab Renang Cina Pulau Pinang.
Anggota Tentera Udara Diraja Australia yang ditempatkan di Pulau Pinang semasa Darurat Tanah Melayu dan Konfrontasi Indonesia–Malaysia menetap di kawasan ini, dikenali sebagai Hillside.[3] Isteri-isteri anggota tentera tersebut juga mengendalikan siaran radio bahasa Inggeris amatur – Radio RAAF – yang boleh didengari di seluruh Pulau Pinang dan sebahagian Kedah.
Pemodenan Tanjong Bungah bermula sekitar 1980-an, menyebabkan banyak pembangunan bangunan kediaman bertingkat tinggi di sepanjang pesisir pantai. Pembangunan ini menarik minat ekspatriat untuk bersara di kawasan ini kerana ia berhampiran dengan pusat bandar, pusat membeli-belah di Tanjong Tokong, dan pantai Batu Ferringhi.[4]
Empat sekolah antarabangsa dibuka di sini: Dalat International School, Prince of Wales Island International Primary School, Pelita International School dan Tenby International School.
Tanjong Bungah antara kawasan yang paling teruk terjejas semasa tsunami 2004, yang mengorbankan 52 orang di Pulau Pinang.[5] Masjid Terapung dibina pada tahun 2005 dan kini menjadi mercu tanda utama di kawasan ini.
Remove ads
Demografi
Pada tahun 2020, jumlah penduduk Tanjong Bungah ialah 14,271 orang, dengan kepadatan penduduk sebanyak 5,097/km2 (13,200/sq mi). Kaum Cina membentuk lebih 70%, Melayu lebih 10%, dan komuniti ekspatriat lebih 9%.
Pengangkutan

Jalan utama ialah Jalan Tanjong Bungah, sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 6. Jalan ini menyambung ke Jalan Batu Ferringhi dan Tanjong Tokong. Jalan Vale of Tempe pula digunakan untuk ke pusat bandar melalui kawasan bukit.[6]
Bas Rapid Penang nombor 101, 102, dan 104 beroperasi di kawasan ini.[7]
Lorong basikal sepanjang 1.2 kilometer (0.75 bt) dicat hijau dan selebar 90 cm dibina dari Hotel Flamingo ke Dalat International School. Ia merupakan lorong basikal pertama di Pulau Pinang.
Remove ads
Pendidikan
Terdapat dua Sekolah rendah:
- SK Tanjung Bunga
- SJK (C) Poay Wah
Satu Sekolah menengah:
- SMK Tanjung Bunga
Dua Sekolah antarabangsa:
- Prince of Wales Island International Primary School
- Dalat International School
Kawasan ini turut menempatkan College General, sebuah seminari Katolik yang diasaskan pada 1808, dan sekolah latihan Tentera Udara Diraja Malaysia.[8]
Kesihatan
Mount Miriam Cancer Hospital ialah hospital swasta pakar rawatan kanser yang terletak di Jalan Bulan, antara Tanjong Bungah dan Tanjong Tokong.
Sukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads