Orang Cina Pulau Pinang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Orang Cina Pulau Pinang
Remove ads

Orang Cina Pulau Pinang atau kaum Cina Pulau Pinang ialah etnik Cina Malaysia yang berketurunan Cina sepenuhnya atau separa yang berasal atau tinggal di negeri Pulau Pinang. Setakat 2022, 44% penduduk Pulau Pinang tergolong dalam kumpulan etnik Cina, menjadikan etnik Cina komuniti terbesar di negeri ini.[3][4][5] Kebanyakan orang Cina Pulau Pinang ialah keturunan pedagang, akauntan, buruh dan imigran dari selatan China yang berpindah ke Pulau Pinang dari abad ke-18 hingga ke-20. Menjelang pertengahan abad ke-19, George Town, ibu kota Pulau Pinang, menjadi rumah kepada komuniti Peranakan yang penting, juga dikenali sebagai Cina Raja kerana kesetiaan mereka kepada Mahkota British.[6] Di bawah pemerintahan penjajahan British, Pulau Pinang terus mengalami peningkatan penghijrahan orang Cina sepanjang abad ke-19. Memandangkan kumpulan terbesar orang Cina Pulau Pinang ialah suku Hokkien (38% daripada populasi Cina Pulau Pinang pada tahun 1957)[7][8] yang berasal dari wilayah Fujian di selatan China, yang menjadi asal-usul bahasa Hokkien. Hokkien Pulau Pinang kemudian telah berkembang secara beransur-ansur dan kini digunakan secara meluas oleh penduduk Pulau Pinang untuk komunikasi harian.

Fakta Segera 槟城华人 / 檳城華人 (Cina), Jumlah penduduk ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Peniaga Cina dan kereta kuda di luar kelab mereka di Pulau Pinang, 1881.
Thumb
Sebuah teater Cina di Pulau Pinang pada tahun 1897.
Thumb
Pelajar sekolah perempuan Cina dalam perarakan tanglung di Pulau Pinang pada tahun 1937.

Pelaut Cina telah meneroka perairan sekitar Pulau Pinang seawal abad ke-15. Pada zaman Dinasti Ming, pelayar Cina yang diketuai oleh Laksamana Zheng He telah belayar sepanjang Selat Melaka; Pulau Pinang mungkin telah dicatatkan dalam Peta Mao Kun. Namun, hanya sekitar abad ke-18 orang Cina mula tiba di Pulau Pinang. Dicatatkan bahawa kampung nelayan Tanjung Tokong di pantai utara pulau ini diasaskan oleh Zhang Li, seorang pelaut yang tiba di Pulau Pinang beberapa dekad lebih awal daripada Kapten Francis Light.[9][10] Selepas Syarikat Hindia Timur British di bawah Kapten Francis Light mengasaskan George Town pada tahun 1786, etnik Cina mula berhijrah ke Pulau Pinang dalam jumlah yang semakin meningkat. Khususnya, golongan Peranakan yang telah menetap di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu turut berpindah ke Pulau Pinang.[11] Hal ini, ditambah dengan ketibaan imigran baharu dari China sepanjang abad ke-19, menjadikan etnik Cina sebagai kumpulan etnik terbesar di Pulau Pinang menjelang tahun 1850-an.[12]

Thumb
Hiasan Tahun Baru Cina di Tokong Kek Lok Si, Pulau Pinang.

Ketika Pulau Pinang berkembang menjadi sebuah entrepôt utama menjelang akhir abad ke-19, kemasukan pelbagai budaya dan agama telah mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup dalam harmoni. Lama-kelamaan, imigran Cina baharu juga telah diasimilasikan dengan budaya tempatan melalui perkahwinan antara Peranakan dan "sinkeh". Menjelang awal abad ke-20, kempen nasionalis Cina oleh Sun Yat-sen untuk membebaskan Dinasti Qing daripada pemerintahan Manchu mendapat sokongan kewangan yang besar daripada masyarakat Cina di Pulau Pinang. Semasa Perang Dunia Kedua, etnik Cina di Pulau Pinang mengalami layanan yang kejam dan ganas oleh Tentera Imperial Jepun yang menduduki kawasan tersebut. Jepun telah melaksanakan dasar yang dikenali sebagai Sook Ching, satu pembersihan sistematik terhadap unsur-unsur yang dianggap bermusuh, terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina. Ratusan etnik Cina serta 3,500 tawanan perang bukan Cina turut dibunuh dan dikebumikan di kubur besar tanpa tanda di seluruh Pulau Pinang sepanjang tempoh pendudukan Jepun.[13]

Remove ads

Demografi

Thumb
Penganut Buddha Cina di Tokong Kek Lok Si.

Daripada hampir 720,000 orang Cina di negeri ini, kebanyakannya tertumpu di Pulau Pinang, khususnya di dalam dan sekitar bandar raya George Town.

Etnik Cina merupakan kumpulan penduduk terbesar di Pulau Pinang; Banci Malaysia 2020 menunjukkan bahawa kira-kira 56% daripada penduduk pulau tersebut adalah berketurunan Cina perantauan.[14] Di pulau tersebut, lebih ramai penduduk Cina menetap di Daerah Timur Laut Pulau Pinang, di mana terletaknya George Town, berbanding di Daerah Barat Daya Pulau Pinang yang kurang padat.[15]

Kaum Cina juga membentuk 35.7% daripada jumlah penduduk di Seberang Perai, bahagian tanah besar negeri Pulau Pinang.[14] Mereka kebiasaannya menetap di Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan, serta menjadi majoriti ketara di bandar-bandar seperti Bukit Mertajam, Batu Kawan, dan Nibong Tebal.[16]

Maklumat lanjut Kawasan, Peratus (%) ...

Bahasa

Thumb
Seorang peniaga wanita Cina memeriksa penghantaran tanglung di George Town.

Menurut Banci Malaysia 2010, sehingga 63.9% daripada penduduk berketurunan Sinitik di Pulau Pinang menggunakan Hokkien sebagai bahasa ibunda.[17] Angka ini turut merangkumi mereka yang berketurunan Peranakan. Kumpulan linguistik Sinitik kedua terbesar ialah Teochew, iaitu 17.8% daripada populasi Sinitik Pulau Pinang, diikuti oleh Kantonis (8.3%). Komuniti Hakka dan Hainan pula mewakili jumlah yang lebih kecil.[17][18]

Maklumat lanjut Kumpulan bahasa, Peratus (%) ...
Thumb
Penarik beca Cina bersama penumpang Amerika di George Town, 1967.

Penggunaan menyeluruh Hokkien Pulau Pinang menjadikannya lingua franca dalam kalangan orang Cina Pulau Pinang. Hokkien tempatan ini berasal daripada subdialek Hokkien Zhangzhou dan telah menyerap banyak istilah dalam bahasa Melayu dan Inggeris sepanjang sejarahnya. Ia kini menjadi dialek tersendiri yang lazim digunakan di utara Malaysia. Uniknya, Hokkien Pulau Pinang dituturkan oleh rakyat negeri ini merentas kaum dalam komunikasi harian sehingga anggota polis turut ditawarkan kursus khas dalam dialek ini.[19][20][21]

Dalam dekad kebelakangan ini, Hokkien Pulau Pinang turut dipopularkan melalui media massa, termasuk buku, kamus dan filem, sebahagiannya didorong oleh usaha mengekalkan kerelevanannya di tengah pengaruh yang kian meningkat daripada bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris, khususnya dalam kalangan generasi muda.[22][23]

Seperti di negeri-negeri lain, generasi muda berketurunan Sinitik kini lebih cenderung bertutur dalam bahasa Mandarin bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain bahasa Hokkien dan bahasa Mandarin, yang menjadi bahasa pengantar utama di sekolah rendah Cina, dialek Kantonis, Teochew dan Hakka juga digunakan oleh sebahagian kecil komuniti Cina. Umumnya, komuniti ini tiba di Pulau Pinang selepas masyarakat Hoklo lebih dahulu menetap pada awal abad ke-19. Komuniti Kantonis dan Hakka menjadi dominan di beberapa kawasan dalam George Town menjelang akhir abad ke-19, manakala sebilangan besar masyarakat Teochew terlibat dalam sektor pertanian di kawasan yang ketika itu dikenali sebagai Province Wellesley (kini Seberang Perai).[18] Sehingga hari ini, ramai keturunan Teochew masih menetap di bandar-bandar seperti Bukit Mertajam, Sungai Bakap dan Nibong Tebal.

Tambahan pula, semua warga Pulau Pinang mampu bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan Malaysia, kerana bahasa ini diwajibkan di semua sekolah. Kesan penjajahan Empayar British turut meninggalkan warisan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah mubaligh, yang menyumbang kepada kadar penguasaan bahasa Inggeris yang agak tinggi dalam kalangan orang Cina Pulau Pinang.[24]

Remove ads

Budaya

Masakan

Thumb
Sepinggan kuetiau goreng Pulau Pinang. Hidangan ini merupakan antara makanan jalanan yang paling terkenal dan boleh didapati di kebanyakan gerai di seluruh negeri.

Bersama-sama kaum lain, masyarakat Cina telah memberi pengaruh besar terhadap masakan jalanan Pulau Pinang, yang merupakan antara gaya masakan paling terkenal di Asia Tenggara. Pulau Pinang dikenali dengan pelbagai variasi hidangan Cina seperti kuetiau goreng, Mi Hokkien dan chee cheong fun. Ini termasuk juga asam laksa yang terkenal, iaitu versi tempatan hidangan campuran Peranakan, yang tersenarai di tangga ketujuh dalam senarai 50 hidangan terbaik dunia oleh CNN.[25]

Perayaan

Thumb
Perarakan Chingay di George Town, Pulau Pinang.
Thumb
Tanglung Cina di Little India, George Town, Pulau Pinang, menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.

Antara perayaan budaya Cina utama yang diraikan di Pulau Pinang termasuklah Tahun Baru Cina (农历新年), Pesta Tanglung (中秋节) dan Pesta Zhong Yuan (中元节). Perayaan terbesar ialah Tahun Baru Cina, yang disambut dengan pelbagai upacara dan tradisi unik Pulau Pinang. Contohnya, sambutan Hari Keputeraan Maharaja Jed atau lebih dikenali sebagai "Tahun Baru Hokkien" yang jatuh pada hari kesembilan Tahun Baru Cina, disambut secara meluas di Pulau Pinang.[26] Perayaan ini turut merangkumi pencahayaan besar-besaran di Kek Lok Si, upacara “tonton api” di Tokong Ular dan rumah terbuka oleh beberapa rumah kongsi Cina berhias indah dalam kawasan Warisan Dunia UNESCO George Town.

Hari Wesak pula diraikan oleh penganut Buddha dengan perarakan besar yang dianjurkan oleh persatuan dan tokong Buddha di Pulau Pinang sejak tahun 1949, dengan perarakan menggunakan kereta perarakan yang memaparkan elemen Mahayana dan Theravada.[27] Kebanyakan penganut Buddha dan Tao juga menyambut Pesta Qingming (清明节) dan Pesta Zhong Yuan sebagai penghormatan kepada saudara-mara dan sahabat yang telah meninggal dunia. Pengikut Tao turut menyambut sambutan ulang tahun dewa-dewa mereka seperti Hari Keputeraan Guan Gong dan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa (九皇诞) di tokong-tokong sekitar Pulau Pinang. Penganut Kristian pula meraikan Krismas dan Easter, manakala penganut Katolik turut menyambut Novena St. Anne selama 10 hari di Gereja St. Anne, Bukit Mertajam.

Persembahan Chingay

Thumb
Kumpulan tarian singa semasa perarakan Chingay di Pulau Pinang, 1937.

Perarakan Chingay dipercayai bermula di Pulau Pinang pada awal abad ke-20 sebelum berkembang ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan Singapura.[28] Versi Pulau Pinang unik kerana persembahan menyeimbangkan bendera gergasi di atas dahi penari. Sejak tahun 1950-an, perarakan Chingay diadakan setiap tahun di George Town pada bulan Disember sebagai usaha mengekalkan amalan budaya unik ini.[29][30][31]

Remove ads

Mercu tanda

Remove ads

Pendidikan

Thumb
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, salah satu daripada beberapa sekolah menengah Cina di Pulau Pinang.

Kebanyakan orang Cina Pulau Pinang kini sama ada bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Kebangsaan atau sekolah mubaligh. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekolah antarabangsa yang pada asalnya ditubuhkan untuk komuniti ekspatriat di Pulau Pinang turut semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.[32] Hasilnya, masyarakat Cina Pulau Pinang kebanyakannya boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan sama ada bahasa Mandarin atau dialek Cina lain (biasanya mengikut bahasa ibunda individu). Disebabkan oleh sistem pendidikan Inggeris yang kukuh sejak zaman penjajahan British, ramai rakyat Pulau Pinang, terutama lepasan sekolah mubaligh, mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik.[24] Bahasa Mandarin juga semakin meluas penggunaannya dalam kalangan generasi muda kerana ia digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Cina seluruh negeri.

Sekolah Cina

George Town menjadi pusat kepada pendidikan Cina di Malaysia apabila Sekolah Menengah Chung Hwa Confucian ditubuhkan pada tahun 1904. Ia merupakan sekolah Cina pertama di Tanah Melayu British serta yang pertama menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Sehingga kini, sekolah-sekolah Cina di Pulau Pinang masih terkenal dengan kecemerlangan akademik. Antara sekolah menengah Cina di Pulau Pinang ialah:

Awam

Maklumat lanjut No., Nama sekolah ...

Swasta

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...
Remove ads

Senarai Orang Cina Pulau Pinang

Thumb
Jimmy Choo, pereka kasut yang terkenal di seluruh dunia.
Thumb
Chan Peng Soon memenangi pingat perak dalam acara beregu campuran badminton di Sukan Olimpik Rio 2016.
  • Ah Niu (1976– ), penyanyi
  • Andrea Fonseka (1984– ), Ratu Miss Universe Malaysia 2004
  • Angie Ng, peragawati
  • Chan Peng Soon (1988– ), pemain badminton dan pemenang pingat perak Olimpik
  • Chelsia Ng (1981– ), pelakon
  • Chew Choon Eng (1976– ), pemain badminton
  • Chin Eei Hui (1982– ), pemain badminton
  • Chung Keng Quee (1821–1901), pengasas Taiping; rumah agamnya kini dikenali sebagai Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
  • Chung Thye Phin (1879–1935), tokoh perlombongan dan getah
  • Danny Quah (1958– ), profesor ekonomi di Universiti Nasional Singapura
  • David E. L. Choong (1929–2011), pemain badminton
  • Eddy Choong (1930–2013), pemain badminton
  • Eva Lee Kwok (1942– ), tokoh perniagaan Kanada
  • Gu Hongming (1857–1928), penulis
  • Hannah Tan (1981– ), pelakon, penulis lagu, peragawati dan personaliti TV
  • Heah Hock Aun (1932–2014), pemain badminton
  • Heah Joo Seang (1899–1962), ahli politik dan tokoh korporat
  • Irene Ng (1963– ), Ahli Parlimen Singapura bagi Tampines (2001–2015)
  • Irene Ng (1974– ), pelakon Amerika
  • Ivan Yuen (1990– ), pemain skuasy
  • Jimmy Choo (1948– ), pereka kasut tersohor dunia
  • Khaw Boon Wan (1952– ), Menteri Penyelaras Infrastruktur Singapura dan Menteri Pengangkutan (2015–)
  • Koh Lay Huan (–1826), Kapitan Cina pertama di Pulau Pinang
  • Koh Tsu Koon (1949– ), Ketua Menteri Pulau Pinang ke-3 (1990–2008)
  • Law Choo Kiang (1970– ), Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (2013– )
  • Lim Boon Keng (1869–1957), penerima OBE, doktor perubatan
  • Lim Chong Eu (1919–2010), Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2 (1969–1990)
  • Lim Kean Chye (1919–2023), pengasas Kesatuan Demokratik Malaya
  • Lim Khim Wah (1989– ), pemain badminton
  • Loh Boon Siew (1915–1995), pengedar pertama Honda di Malaysia
  • Loh Kean Hean, pemain badminton Singapura
  • Loh Kean Yew, pemain badminton Singapura
  • Low Wee Wern (1990– ), pemain skuasy
  • Lyndel Soon (1978– ), Miss Tourism Malaysia 2001
  • Ng Tat Wai (1947– ), pemain badminton
  • Ooi Tze Liang (1993– ), penerjun
  • Ong Beng Hee (1980– ), pemain skuasy
  • Ong Ewe Hock (1972– ), pemain badminton
  • Ong Hock Thye (1908–1977), hakim
  • Pik-Sen Lim (1944– ), pelakon Britain
  • Saw Teong Hin (1962– ), pengarah filem You Mean the World to Me, filem pertama dalam Hokkien Pulau Pinang
  • Saw Yi Khy (1986– ), perenang
  • Tan Twan Eng (1972– ), novelis
  • Tee Jing Yi (1991– ), pemain badminton
  • Wee Chong Jin (1917–2005), Ketua Hakim Negara pertama Singapura (1963–1990)
  • Wong Pow Nee (1913–2002), Ketua Menteri Pulau Pinang pertama (1957–1969)
  • Woo Wing Thye (1954– ), ahli ekonomi terkenal dunia, graduan Yale dan Harvard
  • Wu Lien-teh (1879–1960), doktor Cina dan calon Hadiah Nobel Perubatan 1935
  • Yeap Chor Ee (1867–1952), ahli perniagaan
  • Yeohlee Teng, pereka fesyen Amerika
Remove ads

Lihat juga

  • Orang India Pulau Pinang

Rujukan

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads