Bavani Veraiah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bavani d/o Veraiah (lahir 31 Disember 1973), digelar Shasha, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Malim Nawar sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini juga dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), Barisan Alternatif (BA) dan Gagasan Rakyat (GR). Beliau ialah Setiausaha Wanita DAP Perak. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif PR dan PH Perak serta penyelaras bagi kawasan parlimen Bentong.
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Perak 2022
Dalam Pilihan raya negeri Perak 2022, Bavani membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Malim Nawar.[1] Bavani memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Malim Nawar untuk penggal pertamanya selepas menewaskan Chin Woon Kheong dari Barisan Nasional (BN), Sharifah Aemeera Najwa Syed Mohamed dari Perikatan Nasional (PN), serta penyandang dan pembela kerusi Malim Nawar, Leong Cheok Keng dari Parti Warisan (WARISAN) yang bertanding buat kali ketiga, dengan majoriti sebanyak 7,259 undi dalam satu kemenangan besar.[2]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads