Bukit Cina

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bukit Cinamap
Remove ads

Bukit Cina ialah sebuah bukit yang penting dalam sejarah Bandar Melaka, Malaysia. Bukit ini terletak beberapa kilometer ke utara dari pusat bersejarah Melaka (Bandar Belanda dan Cina), tetapi masa kini[bila?] Bukit Cina dikelilingi oleh bandar moden di sekelilingnya.

Thumb
Tanah perkuburan di Bukit Cina

Sejarah

Thumb
Pandangan alam taman Tokong San Poh Teng. Sebuah peringatan bagi memperingati penduduk Cina tempatan yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

Menurut tradisi tempatan, pada pertengahan kurun ke-15, puteri Hang Li Po, cucu kepada Maharaja Yongle, Cina, maharaja ketiga bagi Dinasti Ming, telah dihantar bagi berkahwin dengan Sultan Melaka, Sultan Mansor Shah, bagi memateri perhubungan antara kedua-dua negara. Beliau membawa bersamanya pengiring yang ramai (500 orang anak menteri dan beberapa ratus orang dayang). Bukit Cina, iaitu hadiah daripada sultan, ditetapkan sebagai penempatan mereka. Arkeologi marin bagi kapal karam (bangkai Kapal DiRaja Nanhai dari sekitar 1460 AD) mencadangkan hadiah Diraja dari China, dihantar semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah..

Perigi Hang Li Po, yang bersebelahan dengan Tokong San Poh Teng (juga dikenali sebagai Tokong Sam Po Kong) terletak di kaki bukit (2.1966°N 102.2562°E / 2.1966; 102.2562), dibina oleh pengikut Hang Li Po bagi kegunaan peribadinya tetapi juga merupakan sumber air bagi kebanyakan bandar. Perigi ini juga merupakan sasaran bagi pasukan musuh, yang sama ada cuba meracuninya atau menawannya bagi kegunaan mereka. Perigi Hang Li Po didakwa tidak pernah kering walaupun semasa musim kemarau. Hari ini, perigi tersebut terkenal sebagai perigi impian dan dikatakan sesiapa yang melontar wang syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka.

Thumb
Serpihan hiasan Tokong Sam Poh Teng yang terletak di kaki bukit

Bukit Cina dan dua bukit bersebelahannya membentuk perkuburan Cina melitupi 250,000 meter persegi. Dengan lebih 12,000 kubur, sesetengah daripadanya bertarikh hingga Dinasti Ming. Dikatakan bahawa perkuburan ini merupakan perkuburan Cina terbesar di luar China.

Remove ads

Perigi Tujuh Naga laksamana Cheng Ho

Thumb
Kubur kebanyakan yang dijaga rapi

Perigi Tujuh Laksamana Cheng Ho terletak di kaki Bukit Cina bersebelahan Tokong Sam Poh Teng. Perigi ini digali oleh Pasukan laut Ekspedisi Laksamana Cheng Ho semasa perhentian mereka di Melaka semasa Dinasti Ming. Bukit China telah dipilih oleh Laksamana untuk digunakan sebagai pangkalan bagi pasukan ekspedisinya. Telaga Tujuh juga dikenali sebagai perigi Naga menurut prinsip feng syui. Kerajaan tempatan telah menutup beberapa perigi tersebut semasa tahun 50-an dan 60-an bagi pembinaan jalan. Sehingga kini, hanya tiga perigi kekal dan perigi tersebut tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

Pasukan Laut Ekspedisi Laksamana Zheng He yang belayar ke Melaka beberapa kali ada menubuhkan ibu pejabat wilayah di Melaka pada kurun ke-15 bagi melaksanakan kawasan diplomasi dan aktiviti entrepot di Asia Tenggara hasil hubungan rapat antara maharaja China dan Kerajaan Melaka selain kepentingan Melaka sebagai pelabuhan entrepot di Asia Tenggara.[1]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads