Carrefour

rangkaian pasar raya dari Perancis From Wikipedia, the free encyclopedia

Carrefour
Remove ads

Carrefour (Sebutan bahasa Perancis: [kaʁfuʁ]) ialah sebuah rangkaian pasar raya multinasional Perancis yang terletak di Boulogne-Billancourt, Paris, Perancis, dengan serangkaian besar cawangan di seluruh dunia. Carrefour merupakan kumpulan peruncit kedua terbesar di dunia dari segi kutipan hasil dan jualan selepas Wal-Mart. Operasi Carrefour tertumpu di Kesatuan Eropah, Brazil, Argentina dan Colombia, tetapi kehadirannya juga dikesan di Afrika Utara dan Asia. Carrefour dalam bahasa Perancis bermaksud "persimpangan". Syarikat ini merupakan komponen indeks pasaran saham Euro Stoxx 50.[2]

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Didagangkan sebagai ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Logo Groupe Carrefour

Cawangan pertama Carrefour dibuka pada 3 Jun 1957, di kawasan pinggir bandar Annecy berdekatan satu persimpangan (carrefour dalam bahasa Perancis). Kini cawangan itu merupakan cawangan Carrefour terkecil di dunia. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Marcel Fournier dan Denis Defforey yang mengembangkan syarikat mereka menjadi satu rangkaian besar. Pada tahun 1999 Carrefour bergabung dengan Promodès, salah sebuah pesaing terbesarnya dalam pasaran Perancis.

Fournier dan Defforey telah menghadiri sebilangan seminar di Amerika Syarikat yang dikendali oleh Bernardo Trujillo, tokoh yang turut mempengaruhi usahawan Perancis lain seperti Édouard Leclerc (E.Leclerc), Gérard Mulliez (Auchan), Paul Dubrule (Accor), dan Gérard Pélisson (Accor). Slogan mereka ialah "No parking, no business."

Kumpulan Carrefour mempelopori konsep pasar hiper, iaitu pasaraya besar dan gedung serbaneka di bawah sebumbung. Mereka membuka pasar hiper pertama pada 15 Jun 1963 di Sainte-Geneviève-des-Bois, berdekatan Paris di Perancis[3].

Logo jenama Carrefour

Pada April 1976, Carrefour melancarkan label persendiriannya iaitu produk makanan Produits libres (produk bebas—libre bermaksud bebas), termasuk minyak, biskut, susu, dan pasta, pada harga yang rendah. Kelarisan jenama baru ini menyebabkan pengkritiknya berasa bahawa Carrefour sedang melemahkan kapitalisme dengan membiasakan orang ramai kepada makanan generik (sebagai lawan kepada jenama dan berkeistimewaan). Sacara terperincinya, Jean Mothes, seorang eksekutif di Perrier, menulis dalam majalah Investir bahawa Carrefour telah banyak mempercepatkan proses peralihan ke kerajaan pimpinan sosialis dan bukannya ahli politik dan penyokong sosialis seperti Edmond Maire, Georges Marchais, François Mitterrand dan Georges Séguy.

Remove ads

Carrefour di seluruh dunia pada September 2007

Thumb
Negara yang terlibat dengan Carrefour Group buat masa ini. Merah: dimiliki sendiri; Kuning: di bawah francis.

Benua Amerika

  • Carrefour merupakan pengendali pasar hiper pertama di Amerika Latin, dengan kehadirannya di empat buah negara: Brazil, Argentina, Colombia, dan Republik Dominica. Carrefour lebih giat dalam tiga jenis pengedaran runcit: pasar hiper, pasar raya dan hard discounters, serta sedang memasuki pasaran Cash & Carry di Brazil setelah membeli Atacadão[4].
Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar raya Hard Discounters Cash & Carry
Argentina198246228114320-
Brazil19753371053520134 (menunggu pembelian)
Colombia19983535---
Republik Dominica200011---

Asia

  • Carrefour ialah peruncit antarabangsa yang pertama untuk hadir di pasaran Asia pada tahun 1977, iaitu di enam buah negara. Carrefour juga beroperasi di Emiriah Arab Bersatu dan Jordan dalam usahasama dengan Majid al Futtaim Diarkibkan 2007-10-20 di Wayback Machine. Selain itu, Carrefour baru membuka cawangan di Avenues Mall, Kuwait.
Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar raya Hard Discounters
Republik Rakyat China199530790-255
Indonesia19983232--
Israel202250- --
Jordan200711--
Kuwait200711--
Malaysia1994 - 2012/131212--
Oman200322--
Qatar200033--
Arab Saudi200333--
Singapura199722--
Korea Selatan199631---
Taiwan19894747--
Thailand19962424--
Emiriah Arab Bersatu19981111--

Malaysia

Cawangan pertama Carrefour dibuka pada tahun 1994 di Subang Jaya berhampiran stesen KTM Komuter dan Subang Parade, menjadikannya cawangan pasar hiper pertama pernah ditubuhkan di Malaysia. Kini syarikat ini mempunyai 15 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia. Cawangan-cawangannya ialah:-.Kini Carrefour Malaysia dikenali sebagai ÆON BiG

Mawi yang pernah bekerja selama dua tahun di Carrefour Subang Jaya sebelum mengecapi kenamaan sebagai seorang penghibur dilantik menjadi duta jenama Carrefour pada tahun 2007.[5] Pada masa yang sama Carrefour bekerjasama dengan TV3 untuk menganjurkan program realiti Carrefour Duniaku untuk mencari peserta (kakitangan Carrefour) yang terbaik untuk meraih jawatan penting di Carrefour dan bermakan malam bersama Mawi.

Afrika

Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar besar Hard Discounters
Algeria200611-
Mesir200033-
Tunisia200111--

Eropah

Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar besar Hard Discounters Kedai serbaneka Cash & Carry
Belgium20001355679---
Bulgaria(2008)-----
Perancis19601,688191603786-108
Greece19914952015127252-
Itali199346151239-15516
Poland19971034273---
Portugal19923037-296--
Romania200077----
Rusia(2008)[perlu rujukan]------
Slovakia1998-4----
Sepanyol19732,119139811,899--
Switzerland200199----
Turki19934331371349--
Cyprus2005954---
Eropah19605,8325051,3643,602207124
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads