Chan Ming Kai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tuan Chan Ming Kai (lahir 7 Oktober 1980) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Fakta Segera Tuan, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 ...

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Chan Chin Chee dengan majoriti sebanyak 3,386 undi. Beliau memperolehi 10992 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 7,606 undi. [1]

Ahli perniagaan, Chan Ming Kai menyandang jawatan Ahli Parlimen Alor Setar sejak 2018.

Beliau sebelum ini bekas ADUN Indera Kayangan Perlis dan ADUN Simpang Pulai telah dilahirkan pada 7 Oktober 1980 di Ipoh Perak.

Mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau juga melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 2005 hingga 2007 di Univeristy of London.

Bekas murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (Cina) Perak, Ipoh, Perak ini telah berkahwin dengan Susan Lau.

Beliau bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, menang dengan mendapat 32,475 undian ketika menentang Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh daripada parti Pas yang mendapat 17,275 undi dengan majoriti undi sebanyak 15,200.

Remove ads

Kerjaya

Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Univeristy of London (2005-2007)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi UTM (1998-2002)
  • SMJK Yuk Choy (1993-1998)
  • SRJK (Cina) Perak, Ipoh (1986-1992)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads