Cik Cinderella dan Encik Tengku

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cik Cinderella dan Encik Tengku
Remove ads

Cik Cinderella dan Encik Tengku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Eoon Shuhaini yang diadaptasi dari novel 2014 dengan judul sama terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Airisz. Dibintangi oleh Zahirah MacWilson dan Shukri Yahaya, ia bersiaran di TV3 menerusi Slot Lestary mulai 16 Disember 2015 hingga 27 Januari 2016 menggantikan Kau Aku Kita.[1][2]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...
Remove ads

Sinopsis

Puteri Nuraisha (Zahirah MacWilson) yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri. Ayahnya, Megat, sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha (Puteri Aishah). Puteri mempunyai seorang tunang bernama Ashraf (Shah Iskandar), dimana pertunangan mereka adalah disebabkan amanat arwah ibu Puteri yang mahu dia dan Ashraf disatukan. Ashraf bagi Puteri adalah seorang lelaki yang sering ingin menumpang kesenangan kerana dia sudah terbiasa dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri.

Perkenalan Puteri dengan Daniel (Shukri Yahaya), seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati di tempat kerja sedikit demi telah membuatkan Puteri jatuh cinta terhadap Daniel. Bagi Puteri, Daniel sangat menyenangkan tetapi dalam masa yang sama Puteri dihimpit rasa bersalah kerana dia terikat dengan amanat arwah ibunya itu.

Tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya, rupa-rupanya sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf tanpa diketahui oleh sesiapa. Sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian yang memalukan telah mengucar-kacirkan persiapan perkahwinan Puteri dan Ashraf yang telah dirancang rapi oleh ibu tirinya.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Remove ads

Muzik dan runut bunyi

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads