Zulin Aziz
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Farah Azleenda Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz (lahir 26 November 1989) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan bekas alumni Pilih Kasih musim pertama dan penyampai radio Suria FM.
Remove ads
Kerjaya
Zulin Aziz memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.[2]
Penampilan drama televisyen pertama Zulin ialah Begitukah Cinta yang dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah yang disiarkan di TV3 pada 2011. Beliau ditawarkan oleh pengarah Shamyl Othman bagi membintangi filem Rembat yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam; Zulin menjayakan watak Didie. Filem ini ditayangkan pada 8 Oktober 2015.
Zulin memulakan kerjaya muziknya pada 2017 dengan mengeluarkan single sulungnya bertajuk "Terbiar" yang bergenre bossa balada hasil nukilan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.[3][4] Diikuti dengan single kedua, "Keliru" yang dikeluarkan pada Februari 2018.[5]
Sejak Julai 2016, beliau menjadi penyampai radio Suria FM.[6] Zulin merupakan antara penyampai baru yang diserapkan ke Suria termasuk Fizi Ali dan Suraya Borhan.[7][8][9] Zulin memgang watak Mira Edora Senrose dalam filem aksi komedi suspens 2016, Bo-Peng yang dibintangi oleh Nabil Ahmad dan Johan As'ari.[10]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Zulin lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes. Pada Mac 2018, beliau mendedahkan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya sendiri semasa zaman kanak-kanaknya.[11][12][13]
Zulin mempunyai seorang anak angkat yang bernama Puteri Eryna Amanda yang juga anak kepada rakan baiknya yang turut berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.[14]
Pada Januari 2018, beliau menyatakan kekesalan apabila digelar 'Perempuan Melayu Jahat' oleh seorang wanita yang tidak dikenali gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro.[15][16]
Pada Disember 2017, Zulin dikesan menghidap penyakit cyst selepas mengadu sakit perut dan cirit birit.[17][18]
Pada 20 Februari 2022, Zulin sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini yang merupakan rakan kongsi perniagaannya.[19]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Peserta
Radiografi
Radio
Diskografi
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads