Riz Amin
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Norizam Amin Nordin (lahir 6 Jun 1985) atau lebih dikenali sebagai Riz Amin merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia [2][3] yang terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem.[4] Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 2003/2004.[5]
Remove ads
Kerjaya
Selepas mengambil bahagian dalam pertandingan Hero Remaja 2003/2004 yang turut disertai oleh Ryzal Jaafar, Riz telah banyak menghiasi drama dan telefilem tempatan. Beliau bagaimanapun, paling dikenali menerusi watak sebagai Zahid dalam drama Si Capik yang dibintangi oleh Zach X-Factor dan lain-lain.[6]
Kerjaya filem Riz bermula dengan membintangi filem Impak Maksima (2007) arahan Ahmad Idham, diikuti oleh lakonan bersama Remy Ishak dalam filem 29 Februari (2012), kemudian diikuti oleh Hantu Kapcai juga lakonan Remy dan Zizan Razak.[7]
Riz bersama-sama dengan Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Ray.[8]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Riz berkahwin dengan Sharifah Fazlina Syed Fuad pada 16 November 2013 selepas sekian lama berkenalan di Friendster dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Putri Natalia Eryna dan Putra Nafis Eusoff. [9][10]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads