Festival Filem Malaysia ke-26

From Wikipedia, the free encyclopedia

Festival Filem Malaysia ke-26
Remove ads

Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) merupakan acara penganugerahan filem Malaysia yang terdiri daripada dua acara besar-besaran, iaitu Malam Perasmian pada 29 Oktober dan Malam Anugerah pada 1 November 2014. Dianjurkan oleh Finas dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ia disiarkan secara rasmi oleh RTM TVi dan Astro Ria dan Astro Mustika HD.

Fakta Segera Tarikh, Tempat ...

Pada asalnya, FFM26 dijadualkan berlangsung pada 20 September 2014, tetapi ditangguhkan oleh pihak penganjur sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi nahas kapal terbang MH17.[1]

Remove ads

Pemenang dan pencalon

Thumb
Penerbit filem KIL, Tunku Iesta Tunku Alaudin mengangkat trofi Filem Terbaik FFM 26.

Berikut ialah senarai calon yang bertanding[2] dan pemenang bagi setiap anugerah (ditebalkan dan berada di tangga atas setiap senarai):

Anugerah-anugerah Poster, Penataan Seni, Penataan Bunyi, Lagu Tema Asal, Pengarah Harapan, Pereka Kostum/Busana, Skor Muzik Asal, Pelakon Kanak-Kanak dan Filem Pendek Terbaik serta anugerah istimewa Penggiat Belakang Tabir disampaikan pada Malam Perasmian 27 Oktober 2014 di Emperor Ballroom, Empire Hotel, Subang Jaya, Selangor (kecuali Kesan Khas Terbaik). Juga diumumkan pada majlis ini bahawa tiadanya pemenang untuk kategori Animasi.[3]

Anugerah-anugerah yang selebihnya disampaikan di Malam Anugerah FFM26 di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Negeri Sembilan.[4]

Anugerah

Maklumat lanjut Filem Terbaik, Pengarah Terbaik ...

Anugerah istimewa[4]

  • Filem Box-Office: Hussein, Mon & Jin Pakai Toncit
  • Anugerah Artis Sepanjang Hayat Lelaki: Rahim Razali
  • Anugerah Artis Sepanjang Hayat Wanita: Rosnani Jamil
  • Penggiat Belakang Tabir: Ali Hussin – atas sumbangan dalam kegiatan belakang tabir perfileman semenjak tahun 1970-an
  • Anugerah Khas Juri
    • Tanda Putera – filem ini mengangkat elemen kenegaraan dan patriotisme
    • Papermoon – mengangkat elemen budaya tempatan
    • Kolumpo – memaparkan isu-isu semasa di dalam filem tempatan
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads