D

huruf keempat abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Huruf D ialah huruf Rumi yang keempat. Huruf ini disebut di dalam Latin (IPA: [diː]).

Fakta Segera Abjad Rumi dasar ...

Sejarah

Maklumat lanjut Hieroglif Mesir "pintu", Delta Greek ...

Huruf Semitik Dâlet barangkalinya berkembang dari logogram yang bermaksud ikan atau pintu.[1] Terdapat pelbagai hieroglif Mesir yang mungkin mengilhamkannya. Dalam bahasa Semitik, Yunani Purba,[2] dan Latin,[3] huruf ini mewakili konsonan /d/; dalam huruf Etruscan pula huruf ini seolah-olah tidak diperlukan, tetapi masih dikekalkan (lihat huruf B).[4] huruf Yunani: Δ (besar) atau δ (kecil) (Delta).[2]

Bentuk huruf kecil bagi "d", yang terdiri daripada satu gelung dan satu tangkai menegak yang tinggi, berkembang daripada perubahan secara beransur-ansur pada bentuk huruf besar D. Dalam penulisan zaman dahulu adalah satu kelaziman untuk memulakan lengkung pada kiri tangkai menegak, lalu menghasilkan satu serif pada atas lengkung itu. Serif ini disambung manakala bahagian lain huruf ini dikecutkan, lalu menghasilkan satu tangkai berbucu dan lengkungan. Tangkai berbucu ini kemudiannya tberubah menjadi tangkai menegak.[5]

Remove ads

Penggunaan

Dalam kebanyakan bahasa yang memakai abjad Latin, huruf d melambangkan bunyi /d/, tetapi dalam abjad Vietnam pula bunyinya /z/ di utara dan /j/ (seperti "y" dalam "ya") di selatan. Di akhir perkataan Jerman pula, huruf d berbunyi /t/. Dalam bahasa Fiji, huruf ini melambangkan hentian prasengau /nd/. Dalam sesetengah bahasa yang mana hentian tak bersuara tanpa hemnbusan melawan tak bersuara hentian berhembusan, d melambangkan /t/ tanpa hembusan, sementara t pula berbunyi /tʰ/ berhembusan. Contoh-contoh bahasa berkenaan termasuk bahasa Iceland, bahasa Gaelik Scot, bahasa Navajo, dan transliterasi pinyin untuk bahasa Mandarin.

Remove ads

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif D
fonetik NATO Kod Morse
Delta –··
Thumb Thumb Thumb
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Maklumat lanjut Titik kod, Huruf besar ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads