R
huruf kelapan belas abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
R ialah huruf Rumi moden yang ke-18. Penutur di Malaysia, Singapura dan Brunei cenderung menyebut huruf ini sebagai ar (IPA: [ɑr]) mengikut bahasa Inggeris manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai ér (IPA: [ɛr]) mengikut bahasa Belanda.
| Cari r atau r dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Ia melambangkan bunyi konsonan getaran gusi /r/ yang wujud dalam bahasa-bahasa Melayu baku Malaysia,[1] Brunei[2] dan Indonesia[3] pada suku kata awal dan tengah sesepatah perkataan; di hujung katanya pula dibunyikan dalam sebutan baku Indonesia dan Singapura tetapi gugur pada sebutan Malaysia dan Brunei.[4]
Remove ads
Sejarah
Bentuk huruf Semitik yang asalnya mungkin diilhamkan dari hieroglif yang membawa erti "kepala" disebut t-p dalam bahasa Mesir, tetapi dipinjam oleh kaum Semitik bagi bunyi /r/ kerana dalam bahasa mereka, perkataan "kepala" berbunyi Rêš (juga nama hurufnya). Huruf berkenaan berkembang menjadi Ρ ῥῶ (Rhô) Yunani dan R Latin. Barangkalinya sesetengah bentuk Etruskan dan Yunani Barat bagi huruf ini dibubuh satu lagi garis agar berbeza bentuknya dari huruf P sekarang.
Remove ads
Sebutan R
Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, simbol [r] menandakan bunyi getaran alveolus. Sesetengah bahasa ada memakai huruf r dalam abjad (atau skema transliterasi Rumi) masing-masing bagi menandakan konsonan rotik selain getaran alveolus.
| Getaran alveolus [r] | dengar | bahasa Inggeris Britain (sesetengah loghat atau pertuturan tegas), Albania ("rr"), Arab, Armenia, Belanda (baku), Bulgaria, Catalan, Finland, Hungary, Itali, Jepun (pertuturan tegas lelaki), Jerman (sesetengah loghat), Lithuania, Latin, Norway, Poland, Romania, Rusia, Scots, Sepanyol ("rr") Sweden, Wales |
| Malaran tak gesar alveolus [ɹ] | dengar | Inggeris (kebanyakan loghat), Belanda (kedudukan tertentu dalam perkataan sesetengah loghat), Faroe |
| Sadap alveolar [ɾ] | dengar | Albania ("r"), Catalan, Greek, Hindi 'र', Itali, Portugis, Sepanyol ("r"), Turki, |
| Sadap sisian alveolus [ɺ] | dengar | Jepun |
| Frikatif gelungan bersuara [ʐ] | dengar | Mandarin (alofon) |
| Malaran tak gesar gelungan [ɻ] | dengar | bahasa Inggeris Amerika (sesetengah loghat), Mandarin (alofon) |
| Sadap gelungan [ɽ] | dengar | Hindi 'ड़', Inggeris Scotland (adakala) |
| Getaran uvular [ʀ] | dengar | Jerman (baku), Perancis; Belanda (di Belgium dan beberapa loghat di Belanda), bahasa Sweden (Sweden Selatan) |
| Frikatif uvular bersuara [ʁ] | dengar | Jerman, Denmark, Perancis (sekitar Paris), Ibrani Moden, Portugis |
Remove ads
Kod-kod pengkomputeran
Perwakilan alternatif R
| fonetik NATO | Kod Morse | ||
| Romeo | |||
| Bendera isyarat | Semafora | Panduan ASL | Braille |
Rujukan
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads




