E

huruf kelima abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

E ialah huruf Rumi yang kelima. Namanya disebut /iː/.

Fakta Segera Abjad Rumi dasar ...

Huruf ini mempunyai dua sebutan dalam bahasa Melayu (seiringan aturan Ejaan yang Disempurnakan disetujui pihak Indonesia dan Malaysia tahun 1972):[1] vokal tak bundar depan separuh sempit atau "e taling" dan vokal pusat tengah atau "e pepet", kedua-dua sebutan ini dibezakan dengan penandaan tertentu dalam kamus-kamus digunakan kedua-dua negara ini. Huruf E paling banyak digunakan sekali dalam bahasa Inggeris.[2]

Remove ads

Sejarah

Maklumat lanjut Hieroglif Mesir q’, Proto-Semitik H ...

E diperoleh daripada huruf Greek epsilon yang lebih kurang sama rupa (Ε, ε) dan fungsinya. Menurut etimologi, huruf Semitik barangkali melambangkan bentuk manusia yang bersembahyang atau berteriak (hillul "kegembiraan"), dan juga mungkin berasaskan satu hieroglif Mesir yang serupa bentuknya tetapi berbeza bunyi dan kegunaannya. Dalam abjad Semitik, huruf ini mewakili bunyi /h/ (dan /e/ dalam perkataan bahasa asing), dalam bahasa Greek menjadi Εψιλον (Epsilon) yang mewakili bunyi /e/. Orang-orang Etruscan dan Rom Purba turut menggunakan huruf ini sedemikian, maka timbulnya huruf Rumi "E". Oleh sebab Peralihan Vokal Besar-besaran, kegunaannya dalam bahasa Inggeris agak berbeza, iaitu /iː/ (yang berpunca daripada /eː/ dalam "me" atau "bee") sementara perkataan-perkataan lain seperti "bed" lebih hampir dengan sebutan bahasa Latin dan bahasa-bahasa lain.

Remove ads

Kegunaan saintifik

Huruf E sering digunakan untuk melambangkan tenaga (energy), terutamanya dalam rumusan "E=mc2."

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif E
fonetik NATO Kod Morse
Echo ·
Thumb Thumb Thumb
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Maklumat lanjut Titik kod, Huruf besar ...

Sumber

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads