Donald Lim Siang Chai
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kewangan (2010-2013), mantan Timbalan Menteri Pelancongan (2006-2008), mantan Timbalan Menteri Penerangan (2003-2006), mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan selama tiga penggal (1995-2008) dan mantan Senator (2010-2013).
Remove ads
Politik
Dalam Pilihan raya umum 1999, Donald Lim menang di Petaling Jaya Selatan . Beliau meenewaskan Dr. Syed Husin Ali (PRM) dan S. Selvanathan (Bebas).
Sekali lagi beliau menang di PJ Selatan dengan mengalahkan Sivarasa Rasiah - (Keadilan) pada 2004. Donald Lim (BN/MCA) menang ,mendapat 35,054 undi dengan majoriti 21,371 . Sementara Sivarasa kalah teruk, hanya mendapat 13,638 undi.
Dalam Pilihan raya umum 2008, beliau ditewaskan oleh Hee Loy Sian- (PKR) di parlimen Petaling Jaya Selatan dengan majoriti 5706 undi. Hee Loy Sian memperolehi 28,598 undi berbanding Donald Lim memperolehi hanya 22,892 undi. Apabila beliau tewas pada 2008, beliau dilantik sebagai Senator dan terus menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan (2 Jun 2010 - 1 Jun 2013).[1]
Remove ads
Isu dan kontroversi
- Pada 21 Ogos 2012, beliau menyatakan bahawa jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam. Setakat ini belum ada pemimpin UMNO bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut. Sebelum ini , ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.[2]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads