Bila Cupid Jatuh Cinta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bila Cupid Jatuh Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Bahri Uma Bajuri dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Oktovia Manrose. Ia mengisahkan Fira yang bekerja di agensi mencari jodoh ditugaskan mencari calon pasangan untuk anak kepada rakan karib bosnya, Dani. Tanpa dijangka, Fira terjatuh hati dengan Dani. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 4 Julai 2020 hingga 5 September 2020 menggantikan Studio Drama Sangat. [1][2]
Remove ads
Sinopsis
Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh.
Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani.
Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat bahawa cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara.
Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Aiman Hakim Ridza[1][3] sebagai Dani
- Oktovia Manrose[1] sebagai Fira
Pelakon pembantu
- Ikmal Amry[1] sebagai Haris
- Bella Dowanna[1] sebagai Tina
- Naqi Nasri[1] sebagai Sam
- Elfira Loy[1] sebagai Keisha
- Sharifah Husna[1][4] sebagai Sarah
- Sham Visa[1][5] sebagai Hisham
- Sharmaine Farouk[1] sebagai Puan Suraya
- Dynas[1] sebagai Kak Lyn
- Fazlina Ahmad Daud[1] sebagai Salwa
- Zainol MacWilson[1] sebagai Lukman
- Rashidah Jaafar[1] sebagai Kak Gee
- Zalfa Zin[1] sebagai Anisa
- Farahdhiya[1] sebagai Suzy
- Nadia Brian[1] sebagai Julia
- Dazrin Kamarudin[1] sebagai Remy
- Jasper Supayah[1] sebagai Yasmin
- Azri Sabri sebagai Zek
- Afifah Nasir[1] sebagai Girlfriend
Penampilan khas
- Siti Elizad sebagai Sheila
Remove ads
Runut bunyi
- "Drama" - Drama Band
- "Cinta" - Ismail Izzani
- "Demi Kita" - Ismail Izzani
- "Sempurna" - Naim Daniel
- "Hello" - Ismail Izzani dan Andi Bernadee
- "Adakah Engkau Menungguku" - Naim Daniel
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads