Syafie Naswip

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Syafie Naswip (lahir 2 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Syafie Naswip ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau menceburi industri perfileman pada usia belasan tahun. Mula bergiat aktif di-dalam bidang lakonan sejak 2007 menerusi filem Mukhsin dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Pada awal pembabitan lakonannya, Syafie hanya menemani adiknya saudaranya untuk menjalani uji bakat tetapi akhirnya beliau juga diuji bakat oleh Yasmin Ahmad bagi membawakan watak sebagai Mukhsin. Syafie turut menyertai rombongan filem Mukhsin ke Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun pada 2006. Syafie menganggap Yasmin sebagai "Mak" dan kematiannya telah menyebabkan beliau terasa kehilangan yang sangat besar dalam hidupnya sehingga suatu ketika, beliau pernah terfikir untuk bersara.[2]

Syafie telah berlakon dalam beberapa buah filem dan drama TV. Antara lakonannya yang paling diingati dan dikritik positif adalah menerusi Talentime dan Songlap sehingga menyebabkan beliau meraih dua anugerah pembantu lelaki terbaik masing-masing dalam FFM ke-22 dan FFM ke-25. Beliau mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk pelakon lelaki terbaik bagi watak Ilham di dalam drama Ilham Suci tulisan Nor Faznita Md Nor pada usia 16 tahun.

Pada tahun 2017, Syafie muncul dalam dua buah telefilem khas raya yang akan bersiaran di TV3 iaitu telefilem Ali pada 26 Jun manakala Surat Panjang Untuk Mak pada 28 Jun.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Syafie bersekolah di Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Kerana sudah terbiasa hidup dalam kedaifan, duit yang diterima hasil daripada lakonannya telah disimpannya dan separuhnya diberikan kepada ibu bapanya. Selain itu, beliau sering menggunakan motosikal untuk ke mana-mana.[3][4][5][6][7][8]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads