Fatimah Abdullah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
YB Dato Sri Fatimah Ting binti Abdullah (lahir Ting Sai Ming; 1 Februari 1957) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Wanita, Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sarawak di bawah Ketua Menteri Sarawak, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, Adenan Satem dan Abdul Taib Mahmud sejak September 2011 serta [1][2] Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) untuk Dalat sejak September 2001.
Remove ads
Latar belakang
Fatimah berasal dari Kampung Teh di Dalat, Sarawak.[3] Bapanya merupakan Cina Foochow dan ibunya seorang Melanau. Beliau dibesarkan sebagai seorang Muslim oleh nenek sebelah ibunya.[4] Beliau berkahwin dengan Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah, seorang aktivis sosial dan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Mereka mempunyai dua orang anak.[5][6]
Fatimah merupakan seorang ahli pendidikan. Beliau merupakan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah di Kuala Lumpur.[3]
Remove ads
Kerjaya politik
Pencalonan Fatimah untuk jawatan Ketua Wanita dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan GPS yang memerintah, tidak mendapat tentangan selepas Empiang Jabu Anak Antak berundur pada 2018.[7] Fatimah, dari entik Bumiputera, mengambil alih daripada Empiang, yang berasal dari entik Pesaka.[7]
Keputusan Pilihan raya
Penghargaan
Sarawak:
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) – Datuk (2011)[10]
Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato Sri (2017)[11]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads