Fauzi Abdul Rahman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato’ Sri Haji Fauzi Abdul Rahman merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang dan bekas Pengerusi MPN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang. Juga merupakan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan. Bapanya Abdul Rahman Talib merupakan bekas Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, beliau dilihat boleh menjadi menteri penuh atau menteri besar.

Fakta Segera Yang Hormat Dato’ Sri SSAP, DIMP, AMP (Pahang); PPN, Pengerusi MyHSR Corp ...
Remove ads

Bersama UMNO

Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dari Oktober 1990 -1995, sebelum menjadi setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1995-1997) dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997-99).

Beliau merupakan bekas ketua UMNO bahagian Kuantan dan bertanding untuk kerusi Parlimen Kuantan pada tahun 1990. Pada tahun 1999 beliau bertanding untuk kerusi DUN Beserah dan menyandang kerusi tersebut sehingga tahun 2004.

Remove ads

Anugerah

Darjah Kebesaran Malaysia

  •  Malaysia :
    • Member of the Order of the Defender of the Realm (PPN) - (1978)
  •  Pahang :
    • Grand Knight of the Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2018)
    • Knight Companion of the Order of the Crown of Pahang (DIMP) - Dato' (1988)
    • Member of The Esteemed Of the Order of the Crown of Pahang (AMP) - (1980)

Menyertai PKR

Sejak Reformasi 1998, Fauzi Abdul Rahman dilihat bersama Anwar Ibrahim. Sejak itu, Fauzi, Siti Zaharah Sulaiman dan lain-lain mendiamkan diri dalam politik. Fauzi dan Anwar Ibrahim satu sekolah di MCKK pada tahun 1964.[1]

Pada 23 Julai 2008, Fauzi Abdul Rahman keluar dari UMNO kerana dilihat bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyertaan beliau diumumkan oleh Anwar Ibrahim di pejabat PKR di Petaling Jaya. Kini beliau menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Pahang. Turut sama menyertai PKR ialah bekas ahli Parlimen Kota Setar, Datuk Abdul Hadi Derani dan bekas timbalan ketua UMNO bahagian Mentakab, Datuk Mat Lazim Derani.[2]

Keputusan Pilihan Raya

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads