Saifuddin Abdullah
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato’ Sri Saifuddin bin Ustaz Haji Abdullah (lahir 27 Januari 1961) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota. Pada peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Perikatan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-7, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau memegang portfolio sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia. Semasa penyertaan beliau di dalam Parti Keadilan Rakyat yang disertainya pada tahun 2015[3], beliau merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), PKR dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan. Beliau dan beberapa ahli parlimen PKR kemudian menyertai BERSATU yang diketuai Azmin Ali pada tahun 2020[4].
Sebelum memasuki PKR, beliau merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) (UMNO). Beliau juga pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan ke-6, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg Dato' Seri Najib Razak sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia dan Ahli Parlimen Temerloh (2008-2013).
Remove ads
Kehidupan peribadi
Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak). Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.[5]
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.
Pendidikan
Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar (1974-78), dan pada kemuncaknya, mendapat ijazah sarjana muda seni (BA Hons.) dari Universiti Malaya pada 1984. Beliau turut memiliki Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan pernah menghadiri sebuah kursus eksekutif di bawah Harvard Business School pada 1995.[perlu rujukan]
Remove ads
Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dato' Saifuddin Bin Abdullah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional.[6] Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Temerloh, negeri Pahang. Dato' Saifuddin Bin Abdullah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21381. Calon lawan ialah Ahmad Nizam bin Hamid dari PKR mendapat 18,940 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 924. Saifuddin Abdullah telah bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2009 dan telah berjaya mendapat undi ke-15 tertinggi. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Ketua Biro Pengajian Tinggi yang diketuai oleh YB Dato Sri Mustapha Mohammad. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh sejak 2009. Beliau telah memperkenalkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Temerloh. Mulai 6 Mac 2010, Parlimen Temerloh bakal menjadi Parlimen pertama di Malaysia yang akan mengaplikasikan Program Transformasi Kerajaan (GTP)iaitu Bidang Keberhasilan Utama (KRA). Ia akan dinamakan sebagai Temerloh Key Result Area (T-KRA).
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Dato' Saifuddin bertanding di P088 Temerloh menentang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Namun beliau gagal mempertahan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2008 itu dengan kekalahan tipis. Beliau seterusnya menubuhkan organisasi New Conversation untuk menyokong kebebasan bersuara dan perbincangan yang lebih matang.
Pada tahun 2015, Saifuddin keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung ketidaksepakatan dengan pengendalian skandal 1Malaysia Development Berhad.[7][8]
Pada 24 Februari 2020, Saifuddin keluar dari Parti Keadilan Rakyat bersama 8 ahli parlimen lain termasuk Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Anugerah
Pahang
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2021)[9]
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2009)
Perak
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato' (2002)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads