Songlap

From Wikipedia, the free encyclopedia

Songlap
Remove ads

Songlap merupakan sebuah filem aksi drama Malaysia 2011 yang ditayangkan di pawagam pada 15 Disember 2011. Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini menampilkan dua pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Shaheizy Sam (FFM 23), Syafie Naswip (FFM 22), dan muka baru, Sara Ali sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini meraih pencalonan terbanyak dalam sejarah Festival Filem Malaysia(FFM) dengan menerima 15 nominasi daripada 23 kategori yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia ke-25

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Keluaran

Kutipan

Kutipan bagi filem ini mencecah RM 2.13 juta.

Ulasan

Filem ini dilihat menunjukan gambaran yang sebenar tentang sindiket penjualan bayi dan lain-lain. Kehidupan yang serba kelam ditambah dengan teknik visual memberikan gambaran penonton akan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat tanpa disedari oleh semua. Dari segi lakonan, Shaheizy Sam berjaya membuktikan dirinya pelakon yang penuh warna. Sebagai Am, beliau berjaya menunjukan lakonan seorang yang bergantung hidup dengan menjual bayi dan berjudi dengan baik. Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 22, Syafie Naswip, dilihat belum hilang taringnya. Lakonannya sebagai Ad, adik yang ingin membantu abangnya dari jenayah penjualan bayi, memberi kesan kepada penonton sehingga tercalon sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM ke-25. Begitu juga, Sara Ali yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-25, walaupun dialognya kurang dipertuturkan dalam filem, riak wajahnya sudah cukup menunjukan kesengsaraan yang dialami sebagai mangsa rogol bapa sendiri. Keseluruhan, cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang tertanam dalam filem ini[1].

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Majlis Anugerah, Kategori ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads