Formula Satu musim 2009
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Formula Satu Musim 2009 merupakan musim ke-60 Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA.[1] Musim ini mengambil tempat di 17 perlumbaan, dan bermula dengan Grand Prix Australia pada 29 Mac. Ia berakhir pada 1 November dengan Grand Prix Abu Dhabi pertama.
| ||||||
|
Jenson Button dan Brawn GP, masing-masing merangkul gelaran juara pemandu dan pengeluar dalam Grand Prix Brazil, perlumbaan praakhir musim. Ia adalah kejayaan Kejuaraan pertama untuk kedua-dua Button dan Brawn, Brawn menjadi pasukan pertama untuk menjuarai Kejuaraan Pengeluar dalam penampilan musim pertama mereka.[2]
Sepuluh pasukan menyertai dalam Kejuaraan selepas beberapa perubahan peraturan telah dilaksanakan oleh FIA untuk mengurangkan kos dan meminimakan kesan krisis kewangan sedunia. Terdapat perubahan selanjutnya bagi mencuba untuk meningkatkan persembahan pada-litar dengan kembalinya tayar licin, perubahan kepada aerodinamik dan pengenalan Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) mewakili beberapa perubahan terbesar dalam peraturan Formula Satu untuk beberapa dekad.[3] Pasukan Brawn, dahulunya Honda, memenangi enam daripada tujuh pertama perlumbaan, keupayaan mereka bagi menjadikan kebanyakan daripada peraturan baru itu menjadi satu faktor penentu dalam Kejuaraan sebagaimana pasukan lain mengejar dalam separuh kedua satu dalam musim tidak menentu.[4]
Kejuaraan Dunia Pemandu akan ditentukan melalui dalam cara tradisional perolehan mata setelah idea Bernie Ecclestone supaya pemenang perlumbaan terbanyak diisytiharkan juara[5] ditolak berikutan bantahan dari Persatuan Pasukan Formula Satu.
Remove ads
Pra musim

Sesi ujian pelbagai pasukan pertama telah mengambil tempat di Circuit De Catalunya, Barcelona pada bulan November 2008, dua minggu selepas hujung musim sebelumnya.[6] Semua pasukan, kecuali Toyota, mengambil bahagian dalam sesi menguji di mana beberapa pasukan menguji pakej aerodinamik mereka yang baru dan tayar-tayar licin antara perkara-perkara lain.[7] BMW Sauber dan Williams di kalangan pendahulu dalam sesi ini, dengan pengeluar Jerman tersebut menggunakan spesifikasi 2009 untuk kedua-dua sayap hadapan dan belakang. Pemandu ujian pasukan, Christian Klien, melabel kereta itu kereta paling buruk yang dia pernah lihat.[8] Pendatang baru F1 Sébastien Buemi, Lucas di Grassi dan Bruno Senna masing-masing menguji untuk Toro Rosso dan Honda. Red Bull, Toro Rosso dan Renault adalah hanya pasukan yang semata-mata mengunakan kereta 2008 mereka (meskipun dengan tayar licin), semasa pasukan-pasukan lain juga menguji kereta sementara 2009 sepanjang 3 hari ujian.
Remove ads
Pasukan dan pemandu
Berikut ialah pasukan dan pemandu yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA 2009:[9]
Remove ads
Kalendar perlumbaan 2009
Kalendar pertama dikeluarkan oleh FIA pada 7 Oktober 2008 tanpa perlumbaan di Kanada[30]. Pada 5 November 2008 ia menerbitkan kalendar yang disemak semula, di mana Grand Prix Perancis telah pun dikeluarkan.[31]
- Litar baru
Perubahan
Pemandu
Bertukar pasukan
- Sebastian Vettel: Scuderia Toro Rosso → Red Bull Racing
- Anthony Davidson: Super Aguri / Honda Racing (pemandu ujian) → Brawn GP (pemandu ujian)
Menyertai F1
- Sébastien Buemi: Trust Team Arden (GP2) → Scuderia Toro Rosso
Keluar dari F1
- David Coulthard: Red Bull Racing → penasihat dan pemandu ujian untuk pasukan Red Bull, serta menjadi pengulas liputan TV BBC bersama bekas ketua pasukan Jordan Grand Prix Eddie Jordan dan pemberita Jake Humphrey.
- Takuma Sato: Super Aguri → tidak diketahui
Perubahan pertengahan musim
- Sébastien Bourdais dilepaskan oleh Toro Rosso selepas Grand Prix Jerman. Beliau diganti oleh pemandu World Series by Renault iaitu Jaime Alguersuari yang pernah berkhidmat sebagai pemandu simpanan Red Bull dan Toro Rosso.
- Felipe Massa tercedera semasa kelayakan Grand Prix Hungary. Juara dunia tujuh kali dan penasihat Ferrari iaitu Michael Schumacher pada mulanya bersetuju mengganti tempatnya,[32] tetapi membatalkan hasratnya kerana mengalami kecederaan pada leher.[33] Pemandu ujian Ferrari Luca Badoer menggantikan Massa,[13] walaupun digugurkan selepas dua perlumbaan. Pada 3 September, Ferrari mengumumkan bahawa Giancarlo Fisichella dari Force India mengambil alih tempat Badoer sehingga akhir musim[14] (Ferrari sudah menggunakan empat orang pemandu sepanjang musim ini, iaitu had maksimum yang ditentukan oleh Perkara 19.1 Peraturan Sukan[34]) yang dilepaskan dari kontrak.
- Nelson Piquet, Jr. berpisah dari Renault selepas cuti empat minggu musim panas. Beliau diganti oleh Romain Grosjean dari Perancis.[35]
- Setelah Fisichella berpindah ke Ferrari, Vitantonio Liuzzi disahkan pada 7 September sebagai penggantinya di pasukan Force India. [36]
- Kamui Kobayashi menggantikan Timo Glock untuk baki dua perlumbaan musim setelah ujian mendapati Glock patah vertebranya selain cedera di kakinya pada Grand Prix Jepun.[37]
Pasukan
- Force India menukar pembekal enjin dari Ferrari ke Mercedes selama lima tahun.[38]
- Gerhard Berger menjual kepentingannya dalam Scuderia Toro Rosso kepada Red Bull. Beliau mendakwa bahawa peraturan baru "tidak memberi ruang kepada pasukan sekecil STR untuk membuat peningkatan".[39]
- Pada Disember 2008, Honda F1 mengumumkan penarikan pasukan Formula Satunya dari Kejohanan Dunia 2009 disebabkan kemelut yang timbul daripada kegawatan kewangan sedunia, lantas memberi tumpuan kepada kegiatan perniagaan utamanya.[40][41] Pada 5 Mac 2009 disahkan bahawa pasukan ini menyertai musim 2009 dengan nama Brawn GP yang dilengkapi enjin Mercedes setelah dibeli oleh pihak pengurusan, serta mengekalkan Jenson Button dan Rubens Barrichello sebagai pelumba mereka.[42]
Kalendar
- Grand Prix Abu Dhabi julung kali dimasukkan dalam kalendar perlumbaan sebagai langkah perluasan Formula Satu di Timur Tengah.[43] perlumbaan di dilangsungkan di Litar Yas Marina yang direka oleh Hermann Tilke sebagai perlumbaan terakhir musim ini pada 1 November 2009.
- Setelah digugurkan dan diganti oleh Fuji Speedway pada musim 2007, Litar Suzuka kembali mengacarakan Grand Prix Jepun pada musim 2009.
- Pada 7 Oktober 2008, FIA merasmikan kalendar perlumbaan 2009 yang menggugurkan Grand Prix Kanada (gara-gara masalah kewangan) dan mengalihkan Grand Prix Turki ke 7 Jun 2009.[44] 2009 merupakan musim F1 pertama tanpa perlumbaan di Amerika Utara sejak tahun 1958.[45] Grand Prix Kanada pernah diletakkan dalam jadual cadangan sebelum digugurkan.[46][47]
- Pada 15 Oktober 2008, pihak penganjur Grand Prix Perancis mengumumkan bahawa perlumbaan mereka bukan lagi dalam musim 2009 berikutan "masalah ekonomi".[48][49] Inilah kali kedua tiadanya Grand Prix Perancis dalam jadual sejak bermulanya Kejohanan Pemandu Sedunia pada tahun 1950. Kali pertamanya adalah pada tahun 1955.[50] Perlumbaan ini dalam jadual "muktamad" musim 2009, apalagi Bernie Ecclestone pernah berkata bahawa perlumbaan Perancis kekal dalam kalendar kerana memegang kontrak sehingga tahun 2011.[51]
- Pada 5 November 2008, Majlis Sedunia FIA mengalihkan Grand Prix China ke bulan April dan menyusun semula perlumbaan lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Grand Prix Perancis.[52]
Peraturan




Pada 22 Disember 2006, FIA mengeluarkan peraturan teknikal untuk musim 2009[53] yang sudah disemak berkali-kali untuk menerapkan hasil siasatan Kumpulan Kerja Pemotongan (yang dibentuk berikutan kebimbangan bahawa pemotongan dalam perlumbaan roda ke roda semakin jarang)[54] serta keperluan memotong kos pembiayaan sukan ini ketika mengalami krisis ekonomi[55], kemudian diikuti beberapa perubahan kecil.
- Tayar licin dibenarkan semula sejak dilarang pada musim 1998. Bridgestone kekal sebagai pembekal tayar tunggal, sementara para pemandu perlu menggunakan kedua-dua jenis tayar sepanjang perlumbaan.[56] Tayar lembut dibezakan oleh tanda hijau di keliling sisi tayar, bukannya tanda putih dalam alur pada 2008.[57] Selian itu, tayar basah dinamakan semula sebagai "tayar sederhana" dan tayar cuaca buruk pula dipanggil "basah".[58]
- Peraturan aerodinamik Diarkibkan 2009-03-31 di Wayback Machine mengalami perubahan besar untuk musim 2009. Sayap hadapan lebih rendah dan lebar, manakala sayap belakang lebih tinggi dan sempit. Oleh itu, kereta lumba 2009 menjadi berbeza rupanya berbanding kereta-kereta musim lalu. Sebilangan pemandu telah meluahkan kebimbangan bahawa sayap hadapan yang lebih besar boleh meningkatkan pelanggaran; terutamanya apabila memandu rapat dengan satu sama lain sesekali perlumbaan dimulakan. Di samping perubahan dalam dimensi sayap, panel kereta juga diperketatkan peraturannya dengan larangan terhadap pelbagai komponen tambahan yang pernah digunakan pada musim-musim lalu (termasuk tumpu gulung-gulung, sayap lawi, bilah kisar, cerobong, tanduk Viking dan dumbo ears), peresap di belakang kereta dialihkan ke belakang lagi dan ke atas. Banyak lagi komponen casis kecil yang lain turut diselaraskan. Tujuan peraturan aerodinamik baru serta pengembalian tayar licin ini adalah untuk mengurangkan pergantungan pada daya turun aerodinamik serta meningkatkan cengkaman mekanik dengan tujuan memudahkan perlumbaan roda ke roda.
- Buat kali pertama, kereta dibenarkan menggunakan panel larasan pemandu Diarkibkan 2010-09-12 di Wayback Machine, dalam bentuk kepak boleh laras di sayap hadapan. Kepak ini boleh dilaras sehingga enam darjah, tetapi hanya boleh dilaras dua kali setiap pusingan.
- Selain perubahan pada saiz panel dan tayar, laporan 2006 turut menggariskan butiran Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS), iaitu peranti brek janaan semula yang direka untuk memulihkan tenaga kinetik kereta yang biasanya lesap menjadi haba ketika membrek. Tenaga yang dipulihkan ini boleh disimpan sebagai tenaga elektrik dalam bateri atau superkapasitor, atau tenaga mekanik dalam roda tenaga untuk digunakan sebagai sumber kuasa pecutan tambahan apabila pemandu menekan butang galak (boost button) pada sterengnya. Peraturan mengehadkan kuasa tambahan kepada sekitar 82 hp (61 kW) untuk enam saat setiap pusingan, tetapi tidak mewajibkannya. Disebabkan kebimbangan mengenai peningkatan terhad dan masalah keselamatan, kebanyakan pasukan dipercayai tidak memakai sistem KERS baru pada permulaan musim 2009.[59] Sebenarnya bilangan kereta yang menggunakan KERS berkurangan dari tujuh buah pada dua perlumbaan pertama dan kemuncak lapan buah di Bahrain kepada empat buah sahaja (iaitu Ferrari dan McLaren). Tiada satu pun kereta berlengkapkan KERS yang memenangi perlumbaan sehingga Hamilton melakukannya di Hungary. BMW Sauber, salah sebuah pelabur terbesar KERS, mengumumkan penarikan diri dari rancangan KERS selepas pusingan kelayakan di Britain.
Perkongsian baru F1
Syarikat elektronik Korea LG menetapkan suatu perkongsian dengan FOM untuk mempamerkan logo mereka semasa sistem masa secara langsung dan grafik masa.[60]
Penaja
- ING menamatkan penajaan kepada pasukan Renault sebelum Grand Prix Singapura berikutan skandal mengatur perlumbaan.[17]
Remove ads
Keputusan
Grand Prix
Pemandu
† Pemandu tidak dapat menghabiskan Grand Prix, tetapi diberi mata kerana menyiapkan 90% jarak perlumbaan.
‡ Separuh mata diberikan di Grand Prix Malaysia kerana tidak lebih 75% jarak perlumbaan disiapkan.
Pengeluar
† Pemandu tidak dapat menghabiskan Grand Prix, tetapi diberi mata kerana menyiapkan 90% jarak perlumbaan.
‡ Separuh mata diberikan di Grand Prix Malaysia kerana tidak lebih 75% jarak perlumbaan disiapkan.
Remove ads
Statistik
Pemandu
† Felipe Massa dari Scuderia Ferrari merupakan pemandu di Grand Prix Hungary namun tidak memulakan perlumbaan kerana kemalangan semasa kelayakan.
‡ Timo Glock dari Toyota merupakan pemandu di Grand Prix Jepun namun tidak memulakan perlumbaan kerana kemalangan semasa kelayakan.
Pengeluar
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads