Gold

Filem 2024 arahan Adrian Teh From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Gold ialah filem drama sukan biopik Malaysia 2024 arahan Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Jack Tan, Farid Kamil, Freddie Ng, Lynn Lim, Fabian Loo, Danial Cheah, Meeki Ng, Josiah Hogan, Wan Raja dan Yasmin Hani. Ia berdasarkan perjalanan Cheah Liek Hou memenangi pingat emas dalam badminton (kategori SU5) pada Sukan Paralimpik 2020. Filem ini akan ditayangkan pada 11 Julai 2024.

Fakta Segera Pengarah, Lakon layar ...
Remove ads

Sinopsis

Cheah Liek Hou merupakan seorang pemain badminton yang luar biasa dengan rekod tidak terkalahkan hasil daripada kemahiran yang sangat tinggi. Namun, semasa puncak kariernya, beliau didapati menghidapi kebas saraf pleksus brachial. Tidak berputus asa, Liek Hou terus berjuang dan menyertai kejohanan badminton kurang upaya dan berjaya memenangi kejuaraan dunia dengan semangat atlet yang tinggi. Namun, kehilangan ayah yang merupakan tonggak utama sokongan beliau sepanjang hidup telah menjadi satu dugaan besar buatnya. Beliau perlu hadapi cabaran hidup dengan penuh keberanian.

Apabila Sukan Paralimpik mengumumkan badminton merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan Rashid Sidek, seorang pemain badminton legenda yang menjadi jurulatihnya. Dibimbing oleh Rashid Sidek, Liek Hou berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan mengatasi pelbagai halangan untuk memenangi Sukan Paralimpik, akhirnya mencipta sejarah penting bagi negara Malaysia dengan memenangi pingat emas.

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Penerbitan

Pra-produksi

Penggambaran

Pos-produksi

Muzik

Keluaran

Sambutan

Kutipan pecah panggung

Ulasan kritis

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads