Adrian Teh

Pengarah dan penerbit filem Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Adrian Teh Kean Kok (lahir 1 September 1984) ialah pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia yang terkenal dengan filem PASKAL, WIRA dan MALBATT: Misi Bakara.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Kerjaya

Adrian Teh merupakan penerbit eksekutif kepada Ice Kacang Puppy Love dan pada 2010, beliau mengarah filem pertamanya iaitu Lelio Popo.

Pada tahun 2012, Adrian mengarah satu lagi filem, The Wedding Diary yang dibintangi oleh Ah-Niu (pelawak tempatan), pelakon Hong Kong iaitu Elanne Kong dan Kara Hui. Pada 2014, beliau menjadi penerbit eksekutif kepada Hungry Ghost Ritual di bawah arahan pelakon Hong Kong, Nick Cheung.

Pada tahun 2014, Adrian mengarahkan filem komedi King Of Mahjong, yang dibintangi oleh pelakon dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Adrian juga Pengerusi Persatuan Filem Cina Malaysia (CFAM), dan persatuan itu telah menganjurkan anugerah filem Cina pertama - Anugerah Golden Wau pada tahun 2013. Beliau berharap untuk meningkatkan kualiti filem tempatan China dan beliau juga adalah 3 finalis pada 2013 bagi kategori Ten Outstanding Young Malaysian Awards.[1]

Pada tahun 2018, Adrian mula dikenali dengan filem PASKAL yang ditayangkan merupakan filem yang diinspirasikan dari kisah benar. Filem itu merupakan kejayaan komersial apabila mendapat kutipan RM30.08 juta di negara Malaysia dan Singapura. Panglima TLDM berpuas hati dan mengucapkan syabas kepada pasukan filem ini terutama Asia Tropical Films, syarikat lama di mana Adrian bekerja.[2]

Beliau meneruskan kerjaya beliau dengan mengarahkan filem pertama di bawah produksi ACT 2 Pictures, WIRA dengan Yayan Ruhian membuat penampilan serta menjadi pengarah lagak ngeri. Selain Yayan, Hairul Azreen, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan ramai lagi juga berlakon dalam filem tersebut.[3][4]

Beliau telah diberikan pengiktirafan oleh Tatler Asia sebagai '2021 Asia Most Influential MY'.[5]

Beliau mengarah dan menerbitkan filem dengan bajet terbesar di Malaysia iaitu MALBATT: Misi Bakara yang ditayangkan pada 24 Ogos 2023.[6]

Remove ads

Kolaborasi

Adrian mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Hairul Azreen, Henley Hii dan Theebaan G ialah pelakon paling kerap berkolaborasi, muncul dalam lima filem. Sementara Namron, Fabian Loo dan Tony Eusoff muncul dalam empat filem.

Maklumat lanjut Pelakon, Lelio Popo ...
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads