Guangxi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Guangxi
Remove ads

Guangxi, secara rasminya Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi (Cina Ringkas: 广西壮族自治区; Cina Tradisional: 廣西壯族自治區; pinyin: Guǎngxī Zhuàngzú Zìzhìqū), ialah sebuah kawasan autonomi Republik Rakyat China yang majoriti penduduknya berbangsa Zhuang.

Fakta Segera 广西Kwangsi, Transkripsi Cina ...
Fakta Segera Nama Bahasa Cina, Tulisan Cina Ringkas ...

Kedudukannya di China selatan, sepanjang sempadannya dengan Vietnam dan rupa bumi bergunung-ganang, menjadikannya salah satu sempadan tamadun China. Sehingga abad ke-20 pun Guangxi masih dianggap kawasan yang luas dan berhutan. "Guang" dalam nama Guangxi bererti "luas", oleh itu sering dikaitkan dengan rantau berkenaan sejak wujudnya Wilayah Guang pada tahun 226 M. Guangxi dikurniakan taraf wilayah pada zaman Dinasti Yuan, sebelum dijadikan salah satu daripada lima kawasan autonomi kaum minoriti China pada tahun 1949.

Singkatan wilayah ini berbunyi (Gui), yang berasal dari nama Guilin, iaitu bekas pusat pentadbiran Guangxi yang masih memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan, politik, dan sejarah kawasan ini, di samping merupakan sebuah bandar raya utama.

Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads