Sabbaruddin Chik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sabbaruddin bin Chik (lahir di Temerloh, Pahang, 13 Disember 1941 – meninggal di Kuala Lumpur, 4 Disember 2021 pada umur 79 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1999. Beliau juga ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad yang dilantik pada 2016 menggantikan Reezal Merican Naina Merican.[1]
Remove ads
Pendidikan
Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (1966). Kemudian, beliau mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Institute of Social Studies, Belanda pada 1974.
UMNO
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Panel Rayuan UMNO.[2]
Kematian
Sabbaruddin Chik meninggal dunia pada 4 Disember 2021 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah seminggu dimasukkan ke dalam wad kerana disahkan positif COVID-19.[3][4] Beliau telah selamat disemadikan pada pukul 11.40 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[5][6]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads