Hasan Bahrom

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau ialah Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Amanah yang merupakan sebuah Yayasan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (UNISEL). Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tampin daripada PH-AMANAH selama sepenggal (2018-2022).

Fakta Segera Datuk Dr. DMSM (Melaka); PhD, Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Amanah ...
Remove ads

Pendidikan

Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang syariah dan politik. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Sarjana Muda Syariah. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Politik, sebelum memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam Siasah Syariah di universiti yang sama. Beliau juga mempunyai Sijil Amalan Guaman Syarie daripada Jabatan Agama Islam Melaka.

Remove ads

Pengalaman bekerja

Berdasarkan biodata beliau

  • Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) kini Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Pernah berkhidmat sebagai pegawai agama kanan tentera
  • Koordinator Pusat Pendidikan Islam ITM Melaka
  • Mendapat gelaran Profesor Madya ketika berkhidmat di UiTM
  • Pengarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ),UiTM
  • Felo Penyelidik IKaZ, UiTM

Penglibatan dalam pertubuhan sosial

Berdasarkan biodata beliau

  • Presiden Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Presiden Ikatan Studi Islam, UKM
  • EXCO Agama Komsis A, UKM
  • Ketua Biro Dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia Melaka
  • EXCO Gabungan Majlis Negeri Melaka
  • AJK Wadah Pencerdasan Umah (WADAH) Melaka

Politik

Hasan Baharom memulakan kerjaya politiknya pada tahun 2016. Beliau mengetuai lima tokoh akademik dan beliau menyertai Parti Amanah Negara. Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah UTM,Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr Sulaiman Mohd Nor dan Prof Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff; dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan. Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung AMANAH ketika itu Mohd Anuar Mohd Tahir[1].

Beliau bertanding di parlimen Tampin dan menang dengan majoriti 1,002 undi mengalahkan penyandang kerusi ini sejak Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 (PRU-10) Shaziman Abu Mansor dari parti BN-UMNO.

Remove ads

Anugerah

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads