Hermann Hoth

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hermann Hoth
Remove ads

Hermann "Papa" Hoth (12 April 1885 – 25 Januari 1971) adalah seorang pegawai kanan dalam tentera darat Jerman dari tahun 1903 hingga 1945. Beliau mencapai pangkat Kolonel Jeneral semasa Perang Dunia II. Beliau berjuang di Perancis, namun beliau lebih dikenali sebagai panglima panzer di Barisan Timur. Hoth memerintah Kumpulan Panzer Ketiga semasa Operasi Barbarossa pada tahun 1941, dan kemudian Tentera Darat Ke-4 Panzer semasa penyerangan musim panas tahun 1942 Wehrmacht. Susulan dari pengepungan Tentera Darat Ke-6 di Stalingrad pada November 1942, ketumbukan panzer Hoth gagal menyelamatkannya sewaktu Operasi Wintergewitter. Selepas Stalingrad, Hoth telah terlibat dalam penyerangan balas Kursk pada musim panas tahun 1943 dan Pertempuran Kiev. Tentera Darat Keempat Panzer di bawah arahan beliau di Kursk merupakan formasi kereta kebal terbesar yang pernah dikumpulkan. Hoth telah dipecat dari pemerintahannya oleh Adolf Hitler pada tahun 1943, hanya dikembalikan semula pada minggu-minggu terakhir peperangan. Selepas perang, beliau telah dipenjarakan selama 6 tahun kerana jenayah perang, dan selepas itu menjadi seorang penulis tentang sejarah ketenteraan.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Sebelum peperangan

Hoth telah dilahirkan di Neuruppin, anak seorang pegawai perubatan tentera. Beliau menyertai tentera darat pada tahun 1903 dan pada permulaan Perang Dunia I telah dinaikkan pangkat ke Kapten dan beliau memenangi kedua-dua kelas Iron Cross. Beliau kekal didalam Reichswehr (iaitu angkatan tentera Republik Weimar) semasa zaman antara perang. Selepas penyusunan semula tentera Jerman kepada Wehrmacht pada tahun 1935, beliau telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan dilantik Panglima Divisyen Ke-18 Infantri.

Remove ads

Perang Dunia II

Thumb
Hoth (kanan) bersama Heinz Guderian, panglima Panzer Group 2, 21 Jun 1941

Hoth telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dan diberi memerintah Kor XV Motoris dari 10 November 1938, memimpinnya dalam pencerobohan Poland tahun berikutnya. Semasa pencerobohan Perancis pada Mei 1940, kor panzernya menjaga rusuk kanan Guderian sewaktu penyerbuan mereka melalui Ardennes, dan mengandungi Divisyen Ke-5 Panzer dan Divisyen Ke-7 Panzer Erwin Rommel. Selepas kejayaan kempen ini, Hoth telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst pada 19 Julai 1940.

Dalam Operasi Barbarossa tahun 1941, Hoth memerintah Kumpulan Panzer Ketiga yang berjaya menawan Minsk dan Vitebsk. Pada Oktober beliau mengantikan Jeneral Carl-Heinrich von Stülpnagel sebagai Panglima Tentera Darat Ketujuhbelas di Ukraine. Selaku panglima formasi itu, beliau menyeru askar-askarnya memahami keperluan untuk "menghukum keras bangsa Yahudi".[1] Ketumbukannya telah dihalau balik oleh penyerangan Rusia pada awal tahun 1942 (lihat Pertempuran Kharkov Kedua).

Pada Jun 1942, beliau mengambil alih dari Jeneral Erich Höpner sebagai Panglima Tentera Darat Keempat Panzer. Sebagai sebahagian daripada Operasi Blue, penyerangan Jerman di selatan Rusia, ketumbukan itu menghampiri Sungai Don di Voronezh. Hoth telah diarah pusing ke selatan bagi membantu Tentera Darat Pertama Panzer menyeberangi sungai Don, satu gerakan yang Jeneral Kleist kata tidak membantu, kerana lebihan ketumbukan panzer tersekat di jalan raya.[Note 1] Ia kemudian mara ke utara untuk membantu percubaan Tentera Darat Keenam menawan Stalingrad.

Thumb
Fedor von Bock (kiri), Hermann Hoth (tengah), Walther von Hünersdorff (belakang Bock), dan Wolfram von Richthofen (kanan, berpaling) membincangkan operasi, 8 Julai 1941. Foto ini telah diambil semasa pertempuran Smolensk.

Pada November 1942, penyerangan balas musim sejuk Soviet memecah masuk garisan Jerman dan memerangkap Tentera Darat Keenam di Stalingrad. Kumpulan Ketumbukan Hoth atau Armeegruppe Hoth (mengandungi Tentera Darat Ke-4 Panzer dan Kor IV Romania) adalah bahagian utama Operasi Winter Storm, iaitu percubaan bagi menyelamatkan Tentera Darat Keenam, dibawah arahan Kumpulan Tentera Darat Don Fil Marsyal Erich von Manstein. Operasi tersebut gagal, kerana askar bantuan Soviet bertambah dan cuaca semakin buruk menghalang kemaraan Jerman. Pada 25 Disember, pihak Soviet menyambung penyerangan mereka, memaksa pihak Jerman berundur dan menutup nasib Tentera Darat Keenam.

Pada Julai 1943, Hoth memimpin Tentera Darat Keempat Panzer dalam Pertempuran Kursk. Divisyen-divisyen beliau, kini diperkuatkan oleh Kor II SS Panzer, pada mulanya memecah masuk garisan Soviet, sebelum dipaksa berhenti di Prokhorovka. Manstein menggesa serangan tersebut diteruskan, tetapi kekurangan kemajuan pada hari berikutnya memaksa serangan di Prokharovka dibatalkan.

Selepas Kursk, Tentera Merah melancarkan penyerangan berturut-turut yang berjaya menyeberangi Dnieper, menawan semula Kiev dan menolak pihak Jerman keluar dari timur Ukraine. Berdasarkan rekodnya, Hitler menyalahkan Hoth kerana kekalahan ini dan melucutkan jawatan beliau pada 3 November 1943. Pada 10 Disember, Hoth diletakkan dalam kumpulan pegawai simpanan OKH

Pada April 1945 beliau telah dipanggil semula daripada pegawai simpanan untuk tugas aktif dan ditugaskan memerintah pertahanan Pergunungan Harz sehingga perang berakhir.

Remove ads

Selepas perang

Thumb
Hoth, defendan dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi di Nuremberg pada Disember 1947

Sesudah berakhirnya perang, Hoth telah dibicarakan di Perbicaraan Nuremberg Terkemudian, didapati bersalah kerana jenayah perang Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, dan pada 27 Oktober 1948 dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun. Beliau telah dibebaskan pada 7 April 1954 dan menghabiskan masa persaraannya dengan menulis. Beliau meninggal dunia pada 25 Januari 1971 di Goslar dan dikebumikan disana.

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Rujukan Wehrmachtbericht

Maklumat lanjut Date, Original German Wehrmachtbericht wording ...
Remove ads

Nota

  1. The 4th Panzer Army was advaincing on that line, on my left. It could have taken Stalingrad without a fight at the end of July, but was diverted south to help me in crossing the Don. I did not need its aid, and it merely congested the roads I was using.[2]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads