Hilman Idham

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Hilman bin Idham[1] (lahir 2 Februari 1989) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Gombak Setia sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH).[2]

Fakta Segera Yang Berhormat TuanMuhammad Hilman IdhamADUN, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Gombak Setia ...
Remove ads

Kerjaya politik

Semasa bergelar pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hilman merupakan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan sering terlibat dalam forum serta diskusi awam berkaitan isu politik dan masyarakat.

Hilman pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Azmin Ali ketika beliau menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (2018–2020) dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2020–2022).

Beliau kemudiannya menggantikan Wan Ahmad Fayhsal sebagai Ketua Armada BERSATU yang ke-3.

Isu Perundangan

Pada Julai 2024, seorang pembantu kepada Hilman Idham, Zulfahimin Mahdzir, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan kerana merogol seorang kenalan Hilman. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan bahawa Zulfahimin gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam pembelaannya. Kejadian tersebut berlaku pada Disember 2020, di mana mangsa ketika itu berada dalam keadaan mabuk. Kes ini menimbulkan perhatian awam terhadap isu intimidasi serta kesukaran mangsa untuk mendapatkan keadilan.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads