Afif Bahardin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dr. Afif bin Bahardin (lahir 13 Mei 1985) merupakan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang ahli politik dan doktor perubatan. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Taman Medan sejak Ogos 2023. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) serta di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow dari Mei 2013 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2020. Beliau juga pernah menjadi ADUN bagi kawasan Seberang Jaya dari Mei 2013 hingga Mac 2023.

Fakta Segera Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, (Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan) ...

Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah satu parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sejak Januari 2024 dan merupakan Setiausaha PN negeri Selangor. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR dari Ogos 2014 hingga November 2018 dan Timbalan Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.[1]

Remove ads

Latar belakang peribadi

Beliau dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong/Chenderoh di Perak dan melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di mana beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dan pembedahan.

Selepas menamatkan pengajian, Afif bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Pada Oktober 2010, Afif berkahwin dengan Mardhiah Zakaria. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak.

Remove ads

Kerjaya politik

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2013–2020)

Pada 9 Mei 2013, Afif telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang yang memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, menggantikan Law Choo Kiang yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.[2]

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (2013–2023)

Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2013

Dalam Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2013, Afif membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding di kerusi negeri Seberang Jaya. Afif memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas menewaskan Mohammad Nasir Abdullah dari gabungan Barisan Nasional (BN) dan calon bebas Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar dengan majoriti 2,459 undi.

Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018

Dalam Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018, Afif telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusi Seberang Jaya. Afif berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan telah dipilih semula ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas menewaskan Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin dari Barisan Nasional (BN) dan Ahmad Rafaei Rashid dari Gagasan Sejahtera (GS) dengan majoriti 7,421 undi.

Pembatalan kelayakan 2023

Pada Mac 2023, kerusi Seberang Jaya yang disandang oleh Afif telah diisytiharkan kosong selepas beliau melanggar undang-undang anti lompat parti negeri Pulau Pinang oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Law Choo Kiang.

Ahli Parti Keadilan Rakyat

Dalam pemilihan parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2014, Afif telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), menggantikan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Semasa pemilihan parti PKR 2018, Afif telah bertanding jawatan Ketua AMK namun tewas kepada Akmal Nasrullah Mohd Nasir, seorang penyokong rapat kepada calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.[3]

Pada 24 Jun 2020, Afif telah keluar daripada PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).[4]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

Pilihan raya negeri Selangor 2023

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Afif telah dicalonkan semula oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan. Afif memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan buat penggal pertama selepas menewaskan Ahmad Akhir Pawan Chik dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti yang amat kecil iaitu hanya 30 undi.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Pada 24 Jun 2020, beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pada 28 Januari 2024, Afif telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU oleh Presiden parti, Muhyiddin Yassin, bersama-sama Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak serta bekas ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads