Nadhir Nasar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (lahir 17 Disember 1996) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat ini memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020 dan bergelar juara.[1][2] Nadhir juga mesra dengan panggilan Lucky.[3]
Remove ads
Kerjaya
Nadhir merupakan seorang model sebelum menyertai Hero Remaja 2020 dan pernah menjadi model peragaan untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selama tiga tahun, dari 2016 sehingga 2019.[4] Setelah bergelar sebagai juara Hero Remaja 2020, Nadhir menceburi bidang lakonan.[5]
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cerita Hantu Asrama, seterusnya membintangi drama Tercipta Satu Ikatan dan Projek: Anchor SPM, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang: Mother of All Lies[6] dan Naim dalam siri Astro Originals Projek: High Council.[7][8]
Nadhir juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Tujuh Hari Di Bawah Matahari dengan memegang watak sebagai Emil Zulkifli.[9][10]
Sebagai pengarah, beliau mengarahkan muzik video lagu "Malampagi" nyanyian Saixse menampilkan MK K-Clique untuk versi adunan semula.[11]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Nadhir Nasar dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 4 tahun.[12] Nadhir kemudiannya kembali ke Malaysia dan dibesarkan di Kuala Kangsar, Perak. Nadhir merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dengan mempunyai seorang kakak dan abang. Nadhir mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya sebelum meneruskan pelajaran di peringkat diploma dan sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau merupakan graduan bidang Komunikasi Massa (Penyiaran) di universiti awam tersebut.[4]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Televisyen
Iklan
Muzik video
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads