Jasnih Daya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Datuk Jasnih Daya (lahir 15 September 1974) merupakan ahli politik Malaysia berasal dari Sabah Borneo, serta merupakan anak jati Pantai Dalit, Tuaran. Beliau merupakan Pembantu Menteri Sabah, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Pantai Dalit, Ketua Penyelaras GRS Pantai Dalit dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit sejak tahun 2020.
Remove ads
Latar belakang
Datuk Jasnih Daya dilahirkan di Tuaran, Sabah. Beliau merupakan anak jati tempatan Pantai Dalit yang lantang menyuarakan permasalahan di kawasan beliau. Beliau sangat aktif dalam membuat kerja amal sejak berumur 12 tahun. Pada umur 20 tahun, beliau menubuhkan satu jawatankuasa tempatan yang membolehkan kawasan Pantai Dalit mendapat kemudahan hasil dari mesyuarat dan pengumpulan suara-suara rakyat di Pantai Dalit.[1]
Remove ads
Kerjaya
Datuk Jasnih Daya aktif dalam kerjaya politik selepas mencecah umur 27 tahun, iaitu selepas beliau mendapat pengalaman yang mencukupi dalam arena politik. Beliau secara rasmi menjadi ahli tidak langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dilantik sebagai Ketua Penyelaras Gabungan Rakyat Sabah Pantai Dalit pada tahun 2020 (semasa itu BN adalah komponen parti tidak langsung kepada GRS), dan seterusnya Datuk Jasnih Daya dilantik menjadi Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) untuk Pantai Dalit selepas menyatakan sokongan terhadap Hajiji Noor.[2][3]
Remove ads
Sokongan terhadap Hajiji Noor
Datuk Jasnih Daya memiliki hubungan yang rapat terhadap Hajiji Noor.[4] Beliau menyatakan sokongan dan kesetiaan terhadap pemimpin tempatan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada tahun 2020 dan secara rasmi dilantik sebagai Ketua penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pantai Dalit pada tarikh 10 Oktober 2020.[5] Manakala, beliau secara rasmi dilantik sebagai ketua bahagian Dun Pantai Dalit untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dibawah pemerintahan Hajiji Noor pada tahun 2023.[6][7]
Anugerah
Sabah
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2022)
Keputusan Pilihan raya negeri
Remove ads
Keputusan Pilihan raya umum
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads