Parti Warisan
parti politik di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Parti Warisan (atau singkatan rasmi WARISAN, sebelum ini Parti Warisan Sabah) ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan di Sabah. Ia telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh presidennya, Mohd Shafie Apdal bersama-sama Darell Leiking dan beberapa ahli politik negeri Sabah yang lain.[1][2][3] Walaupun ia pada awalnya ditubuhkan bagi kepentingan masyarakat Sabah, namun ia tidak menghalang parti tersebut melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia[4].
Remove ads
Sejarah
Warisan diasaskan pada 17 Oktober 2016 mengambil alih dan menjenamakan semula parti sebelumnya iaitu Parti Pembangunan Warisan Sabah[5] Parti ini memperjuangkan perpaduan semua rakyat bagi membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh serta stabil[4]. Parti ini juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama, dan suku kaum. Parti ini berlandaskan konsep parti milik semua kaum.
Remove ads
Penyertaan dalam pilihan raya
Warisan mula menyertai pilhan raya pada pilihan raya umum Malaysia 2018 dan pilihan raya negeri Sabah 2018, bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Dalam pilihan raya tersebut, Warisan yang menang 21 kerusi berjaya menjadi parti pemerintah di Sabah bersama-sama PH (8 kerusi) dan Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (6 kerusi) yang bertindak keluar Barisan Nasional, serta beberapa orang wakil rakyat yang bertindak keluar dari UMNO.
Warisan turut menyertai pilihan raya kecil Kimanis 2020 menentang BN, namun tewas.
Dalam pilihan raya negeri 2020 pula, gabungan Warisan, PH dan UPKO gagal mempertahankan pemerinahan dua tahun sembilan bulan di Sabah apabila tewas kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam majoriti mudah.
Pada PRN Sabah 2020, Warisan hanya menang 23 kerusi dan selepas PRU-15 2022, kerusi parlimen Parti Warisan berkurang kepada 3 kerusi dan ADUN Sabah Warisan berkurang kepada 16 kerusi. Manakala di Selangor pula Warisan berjaya menambah 1 kerusi ADUN Selangor yang dimiliki oleh Bryan Lai Wai Chong dari kawasan N22 Teratai, Selangor.
Remove ads
Lambang parti
Lambang parti terbentuk dari 4 unsur berlatar belakangkan warna Putih iaitu; satu imej Kapal Layar yang berwarna Biru Pekat, Laut berwarna biru muda, Dua Tangan bersalaman, tangan sebelah kanan berwarna Biru Pekat dan tangan sebelah kiri berwarna Merah, imej Bunga Padi berwarna Putih pada kedua-dua tangan bersalaman dan nama PARTI WARISAN ditulis di bawah logo yang mana perkataan PARTI WARISAN berwarna biru
Struktur Kepimpinan
- Pengerusi Tetap :
- -
- Timbalan Pengerusi Tetap :
- -
- Presiden :
- Datuk Seri Panglima Shafie Apdal
- Timbalan Presiden :
- YB Datuk Ignatius Dorell Leiking
- Naib Presiden :
- YB Datuk Jaujan Sambakong
- YB Datuk Junz Wong
- YB Terence Siambun
- YB Dr Daud Yusof
- Setiausaha Agung :
- Datuk Loretto Damien S. Padua Jr
- Seetiausaha Kerja Pusat :
- Datuk Aliasgar Basri
- Ketua Penerangan :
- Datuk Mohd Azis Hj Jamman
- Bendahari Agung :
- Ketua wanita :
- Norfaizah Chua (Acting)
- Ketua Wira :
- Terence SF Au
- Ketua Wirawati :
- Ahli Majlis Tertinggi :
- Mudi Dubing
- Ahmad Hassan
- Mohd Zinin Adong Ajak
- Mazliwati Abdul Malek Chua
- Datuk Honorsius Bosuin
- Yb Azhar Matussin
- Charles Ebbie
- Ma'mun Sulaiman
- Ahmad Shah Tambakau
- Sarifuddin Hata
- Yb Arunarnsin Taib
- Japar Awang
- Mahadi Mumin
- YB Dr Daud Yusof
- Datuk Aidi Moktar
- Mohd Taib Isai
- Rozman Isli
- YB Assaffal Samsul Kamal
- Calvin Chong Ket Kiun
- Justin Wong Yung Bin
- Jenifer Lasimbang
- Chen Ket Chuin
- Ketua Penyelaras Semenanjung Malaysia :
- Dr Rajiv Bhanot
- Pengerusi Warisan Negeri :
- Perlis : Abdul A'zib Saad
- Kedah : Fadzil Hanafi
- Kelantan : Khairul Azuan Kamaruddin
- Penang : Jeff Ooi Chuan Aun
- Perak : Sunther Subramaniam
- Selangor : Lai Wai Chong
- Negeri Sembilan : Azman Idriz
- Melaka : Ng Choon Koon
- Johor : Suhaimi Salleh
- Labuan : Rozman Isli
Remove ads
Wakil rakyat semasa
Dewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
25 / 73
Remove ads
pilihan raya umum
Remove ads
pilihan raya negeri
Remove ads
Pautan luar
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads