Johan Abd Aziz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Johan bin Abdul Aziz (Jawi: جوهن عبدالعزيز) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Dusun Tua sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADN bagi Semenyih dari Mei 2008 hingga Mei 2018. Beliau ialah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Sejak November 2022, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi BN dan UMNO Selangor serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga merupakan salah seorang daripada hanya dua ADN BN dan UMNO di Selangor bersama ADN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail.[1]
Remove ads
Kerjaya politik
Sejarah pilihan raya negeri
Johan Abd Aziz pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Semenyih dalam Pilihan raya negeri Malaysia 2008. Beliau kemudian dipilih semula untuk dua penggal berturut-turut sebelum tewas kepada Bakhtiar Mohd Nor daripada Pakatan Harapan (PH) dalam gelombang politik tahun 2018. Beliau membuat kemunculan semula dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023 dengan memenangi kerusi Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN).[2]
Pencalonan Parlimen
Dalam Pilihan raya umum 2022, Johan Abd Aziz membuat penampilan sulungnya di peringkat Parlimen sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Hulu Langat.[3] Namun, beliau tewas kepada Mohd Sany Hamzan dari Pakatan Harapan (PH) setelah menduduki tempat ketiga di belakang calon Perikatan Nasional (PN).[4]
Kerjaya dalam UMNO dan BN
Johan telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan BN dan UMNO Selangor yang baharu bagi menggantikan Megat Zulkarnain Omardin yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan BN dan UMNO Selangor. Johan juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat dan bekas Setiausaha UMNO Selangor.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Melaka :
Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) – Datuk (2010)[7]
Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) – Datuk Wira (2022)[7]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads