Khalsom binti Abdullah
Bekas isteri Sultan Johor era moden ke-4 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (lahir Josephine Ruby Trevorrow; 2 Disember 1935 – 1 Jun 2018)[1] merupakan seorang rakyat Britain.[2] Beliau adalah isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan Johor era moden ke-4.
Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar (ketika itu baginda bergelar Tunku Mahmood Iskandar) pada 5 Januari 1956 dan menukar namanya kepada Khalsom binti Abdullah.[3] Suaminya telah dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959, beliau kemudiannya dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah. Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah kembali menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad yang juga merupakan kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Iskandar pada tahun 1961.[4]
Setelah lama bermaustatin di London, beliau kembali ke Johor untuk menghadiri istiadat pemakaman bekas suaminya. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang ke-52 tahun, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan gelaran kebesaran Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, D.K. , S.M.I.J.[5]
Remove ads
Kemangkatan
Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah mangkat di London pada jam 12:24 tengah malam akibat sakit tua, Jumaat, 1 Jun 2018. Kemangkatan Almarhumah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim bin Ramli di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.[6] Dengan itu, semua bendara negeri Johor dan bendera daerah dikibarkan separuh tiang sejak pengumuman kemangkatan Enche' Besar sehinggalah tamat istiadat pemakamannya.[7] Jenazah Almarhumah tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pada jam 11 malam 5 Jun lalu diiring ke Istana Besar menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor. Istiadat pemakaman Almarhumah diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja pada keesokan harinya. Jenazah Almarhumah disemayamkan di Bilik Singgahsana Istana Besar untuk penghormatan terakhir selama dua jam lalu diusung dengan pedati diraja yang ditarik oleh 40 anggota Timbalan Setia Negari Johor dari Istana Besar hingga ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru untuk dimakamkan.[8] Almarhumah dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.[9]
Remove ads
Anakanda
Remove ads
Terasul dan gelaran
- 2 Disember 1935 – 5 Januari 1956: Cik Josephine Ruby Trevorrow
- 5 Januari 1956 – 8 Mei 1959: Yang Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah
- 8 Mei 1959 - 9 Jun 1962: Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah, Isteri Tunku Mahkota Johor
- 9 Jun 1962 – 22 November 2010: Yang Berbahagia Puan Hajah Khalsom binti Abdullah
- 22 November 2010 – 1 Jun 2018: Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah
Darjah kebesaran
Johor
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati:
Pangkat Pertama (DK (I), 22.11.2010)
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi:
Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ, 30.3.2015) - Datin Paduka
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati:
Eponim
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads