Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Lapangan Terbang di Kuala Nerus dan Terengganu, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Lapangan Terbang Sultan Mahmudmap
Remove ads

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Terengganu. Lapangan terbang tersebut menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Nerus, sebuah daerah yang terangkum di dalam bandar raya Kuala Terengganu yang terletak di pesisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan.

Fakta Segera Sultan Mahmud International Airport, Maklumat umum ...

Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]

Remove ads

Sejarah

Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.

Pada 12 Mei 1998, Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad yang tiba di lapangan terbang tersebut pada jam 8.30 pagi telah disambut oleh Menteri Besar Terengganu ketika itu, YAB Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan pemimpin masyarakat sebelum bertolak ke lawatan Loji Air Kepong, Kuala Terengganu sambil diiringi oleh 1000 orang pemuda bermotosikal.[3]

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.

Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat di sini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.

Remove ads

Terminal

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]

Terminal utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud menawarkan standard perkhidmatan dan kemudahan tertinggi kepada pengembara untuk berehat selepas melakukan perjalanan.

[4]

Remove ads

Trafik dan statistik

Maklumat lanjut Tahun, PenumpangBilangan ...

Syarikat Penerbangan dan destinasi

Penumpang

Pengangkutan

Untuk masa kini, Teksi Dalam Talian, serta Perkhidmatan Sewa Kereta, dan Teksi sahaja yang menyediakan perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Teksi Dalam Talian

yang menjadi penyedia perkhidmatan Teksi dalam talian, ialah Syarikat Grab, yang menyediakan perkhidmatan hantar jemput penumpang Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Sewa Kereta

Perkhidmatan Sewa Kereta, juga menjalankan Kegiatan Operasional pada laluan Antara Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Teksi

Perkhidmatan Teksi menjalankan Kegiatan Operasional, pada laluan Antara Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.[7]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads