Lee Boon Chye

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lee Boon Chye
Remove ads

Dato' Dr. Lee Boon Chye (lahir 26 September 1959) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kesihatan dan mantan Ahli Parlimen Gopeng, Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital.[2]

Fakta Segera Dato' Dr. DPMP (Perak), Pengerusi Bukan Eksekutif Bioeconomy Corporation ...
Remove ads

Kerjaya

  • Doktor Pakar Jantung
  • Ahli politik

Jawatan dalam parti

  • Jurucakap Kesihatan Parlimen Parti Keadilan Rakyat
  • Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat

Jawatan dalam kerajaan

  • Timbalan Menteri Kesihatan (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Gopeng


Anugerah

Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, pada mulanya Parti Keadilan Nasional ingin menghantarnya bertanding di kawasan Ipoh Timur yang juga diingini oleh Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), mencabar Thong Fah Chong dari BN-MCA yang mempertahankan kerusinya. Namun tindakan ini dijangka hanya memisahkan "undi pembangkang" daripada Lim dan mungkin menguntungkan Thong. Oleh itu, walaupun ketika itu DAP sudah keluar dari Barisan Alternatif (BA) (KeADILan merupakan sebuah parti komponen BA ketika itu), namun kedua-dua parti ini cuba berunding atas kerusi yang ditandingi di negeri Perak, akhirnya mereka bersetuju bahawa hanya Lim Kit Siang dari DAP akan mencabar calon BN di Ipoh Timur, manakala Lee Boon Chye dialihkan ke kawasan Gopeng untuk mencabar Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dari BN-MCA. Akhirnya, Lee kalah kepada Ting dengan hanya memperolehi 15,530 undi berbanding lawannya mendapat 30,312 undi. Majoriti bagi kerusi Gopeng pada masa itu ialah 14,782 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ling Hee Leong dengan majoriti sebanyak 7,368 undi. Beliau memperolehi 29,696 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 22,328 undi.[3]

Remove ads

Keputusan Pilihan Raya

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...
Remove ads

Pautan luar

Lee Boon Chye di Facebook

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads