Lhasa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lhasa atau kadang-kadang dieja Lasa, ialah pusat pentadbiran Wilayah Autonomi Tibet di Republik Rakyat China. Lhasa terletak di tapak Gunung Gephel.
Bandar raya ini merupakan tempat kediaman tradisi Dalai Lama dan istana-istana Potala dan Norbulingka (kedua-dua binaan ini memasuki Tapak Warisan Dunia[1]) dan dianggap sebagai pusat paling suci di Tibet dalam kepercayaan agama Buddha Tibet.
Bandar raya Lhasa diduduki 257,400 orang mengikut anggaran banci 2004, dan merupakan antara bandar-bandar tertinggi di dunia pasa altitud kira-kira 3,650 meter (11,975 kaki) dari paras laut.
Nama Lhasa bererti "tempat dewa-dewi", namun terdapat catatan Tibet kuno yang mengaku bahawa tempat ini asalnya dipanggil Rasa yang bererti "tempat kambing" sehingga awal abad ke-7.[2]
Bandar raya ini adalah sebahagian prefektur peringkat perbandaran iaitu Wilayah Lhasa yang terdiri daripada tujuh kaunti kecil: Kaunti Lhünzhub, Kaunti Damxung, Kaunti Nyêmo, Kaunti Qüxü, Kaunti Doilungdêqên, Kaunti Dagzê dan Kaunti Maizhokunggar.
- Lhasa
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
