Lim Swee Aun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tan Sri Dr Lim Swee Aun merupakan ahli politik Perikatan/ MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Larut Selatan, negeri Perak (1958-1964). Sempadan pilihan raya 1959 dipecah kepada dua. Jadi 52 kerusi menjadi 104 di seluruh Tanah Melayu. Tiba-tiba banyak kawasan, majoritinya orang Cina termasuk di Larut, Sitiawan dan Beruas.
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Remove ads
Menteri Kesihatan
Beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan yang kelima.
Tokoh Kemerdekaan
Pada 30 Ogos 2011, kerajaan negeri Perak pimpinan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Kemerdekaan dari Perak. Turut menerima anugerah ialah bekas Menteri Besar, Dato' Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz ; Presiden MIC yang kelima, Tun V. T. Sambanthan. Mereka menerima menerima medal khas, sijil dan wang tunai RM10,000.[1]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
