Popia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Popia atau popiah merupakan sejenis kuih sedap yang mudah bagi didapati. Kuih ini disediakan dalam pelbagai cara daripada, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.
Remove ads
Variasi Inti
Sayur
Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun,lobak merah, tauhu, taugeh,dan sengkuang yang dihiris-hiris.
Serunding
Serunding yang sering digunakan adalah dari daging ikan tenggiri dan ikan bilis. Hasil laut yang lain ialah udang kering. Boleh juga dibuat dari daging lembu dan ayam.
Ikan
Ikan sardin dalam tin selalu menjadi pilihan untuk dijadikan inti popia. Manakala, industri makanan beku di Malaysia telah memperkenalkan popia berinti otak-otak.
Remove ads
Jenis popia
Tidak Bergoreng
- Popia Basah
Bergoreng
- Popia Goreng
- Popia Bersira
- Popia Mini
- Simpul Kasih
- Popia Otak-otak
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Popia |
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads