M. Kulasegaran

From Wikipedia, the free encyclopedia

M. Kulasegaran
Remove ads

Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran V. Murugeson (lahir 10 Ogos 1957) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Ahli Parlimen Ipoh Barat. Di peringkat parti beliau ialah Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Fakta Segera Yang Berhormat Tuan AP, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) ...
Remove ads

Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau memenangi kerusi Ipoh Barat dengan 22,953 undi, mengalahkan Ho Cheong Sing dari Barisan Nasional dengan 22,337 undi dan dengan majoriti 598 undi sahaja.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pula beliau mempertahankan kerusi Ipoh Barat dengan mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Yik Phooi Hong dengan majoriti sebanyak 15,534 undi. Beliau memperolehi 32,576 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 17,042 undi.

Remove ads

Kontroversi

Ketuanan Melayu

M Kulasegaran telah mempersoalkan Ketuanan Melayu , DEB dan diskriminasi terhadap bukan Melayu di Dewan Rakyat pada Disember 2009 hingga mencetuskan kekecohan. Dalam Perlembagaan Persekutuan memang ada Perkara 153

Pada 5 Disember 2009, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail menghantar memorandum bantahan kepada pejabat DAP di Ipoh. Kain rentang berupa memo turut dipasang.[1][2]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...

Pautan luar

M. Kulasegaran di Facebook

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads