Nassier Wahab

Penyanyi dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Nassier Wahab
Remove ads

Dato' Haji Mohd. Nasir bin Abd. Wahab (18 April 1962 – 5 Disember 2019), lebih dikenali sebagai Nassier Wahab, ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia.[1] Kejayaan beliau dalam bidang muzik hadir apabila beliau dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004. Penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah.[2] Pada 15 Mei 2017, beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang membawa gelaran Dato’.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Mohd. Nasir bin Abd. Wahab dilahirkan pada 18 April 1962 di Kota Kuala Muda, Kedah. Rumah keluarganya terletak di Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.[4] Beliau merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik-beradik.[4]

Dalam usaha untuk meningkatkan kerjayanya, beliau telah memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Kolej Joseph Chamberlain, Birmingham, United Kingdom.[4]

Karier

Nassier berduet dengan penyanyi Ramlah Ram bagi album Sekali Aku Jatuh Cinta pada November 1988 dengan irama pop dan irama Nusantara. Album Suara Hati telah diterbitkan oleh Ramli M. S. pada tahun 1992. Album ke-13 beliau berjudul Ke Puncak Persada. Album Memori Cinta Luka ialah terbitan syarikat MCAT Sdn. Bhd (2004).[3]

Nassier menyanyi di kelab malam di Kelab Diraja Selangor, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.[4] Beliau pernah berlakon dalam Si Jantung Hati bersama A. R. Badul, Ibrahim Din dan Faridah Fasha. Dalam drama Episod Terakhir, beliau bergandingan dengan pelakon Eman Manan dan Sheila Rusly.[4]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan pasangannya, Fatimah Abd. Rauf dan dikurniakan seorang cahaya mata, Intan Najihah Mohd. Nasir.

Pada tahun 2008, beliau dimasukkan ke ICU dan menerima rawatan rapi daripada doktor di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Beliau dikatakan cedera setelah rumahnya di USJ terbakar akibat litar pintas. Semasa kejadian, isterinya, Datin Fatimah Abd. Rauf (ketika itu berumur 44 tahun) dan anaknya, Intan Najihah (ketika itu berumur 11 tahun) tiada di rumah.[2]

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 12:45 pagi pada 5 Disember 2019 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Bangsar, Kuala Lumpur akibat kanser gusi.[5][6]

Anugerah

Gegar Vaganza 2015

Nassier Wahab merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2015.

Maklumat lanjut Konsert, Lagu (penyanyi) ...
Remove ads

Diskografi

Album studio

  1. Cinta Dan Perasaan (1985)
  2. Wajah Kekasih (1986)
  3. Sebuah Janji Tak Bererti (1987)
  4. Sekali Aku Jatuh Cinta (1988)
  5. Undangan Rindu (1990)
  6. Ke Puncak Persada (2000)
  7. Cinta Farhat/Airmata Dan Doa (2012)
  8. Lukisan Cinta (2015)
  9. Evergreen Klasik (2016)

Album Mini

  1. Memori Cinta Luka (2004)
  2. Dunia Cinta (2018)

Lagu-lagu Hits

  • "Bayangan Wajah Duka"
  • "Sebuah Janji Tak Bererti"
  • "Sekali Aku Jatuh Cinta"
  • "Susah Senang Kita Bersama" (Duet Ramlah Ram)
  • "Undangan Rindu"
  • "Memori Cinta Luka"
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads